Khamis, 30 Julai 2009

STRUKTUR ORGANISASI PPID BRUNEI II

PPID BRUNEI II
Awang Haji Japar bin Haji Ibrahim @ Haji Brahim (Pegawai Pelajaran)

PEMBANTU PPID BRUNEI II
Hajah Apah binti Haji Sabtu (Pegawai Pelajaran) bermula: 3 Januari 2011.
Mantan Pembantu PPID Brunei II Hajah Mastura binti Haji Jais (Pegawai Pelajaran) Sudah berpindah ke Bahagian Institusi Pengajian, JPI, pada Oktober 2010.

KERANI PPID BRUNEI II
Ernie bt Hj Abd Latif

TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB PPID BRUNEI II
AWG HJ JAPAR BIN HJ BRAHIM @ HJ IBRAHIM
1. Ketua Pentadbiran Pejabat PPID Kawasan Brunei II.
2. Membuat perancangan dan pelaksanaan langkah-langkah kearah meningkatkan kemajuan dan perkembangan pelajaran ugama.
3. Memberi panduan, nasihat dan bimbingan kepada pegawai-pegawai dan guru-guru mengenai dengan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain perkara yang berkaitan dengan persekolahan ugama.
4. Mengawasi kegiatan-kegiatan sekolah yang diamanahkan.
5. Bertanggung jawab bagi penempatan dan pertukaran guru-guru peringkat kawasan Brunei II sahaja.
6. Membuat lawatan khas/kerja ke Sekolah-sekolah Rendah Ugama dan Sekolah Rendah Satu Mata Pelajaran Ugama.
7. Pentadbiran surat-menyurat individu bagi pegawai-pegawai, guru-guru dan kakitangan yang bertugas di Sekolah-sekolah Rendah Ugama serta pegawai-pegawai dan guru-guru ugama yang bertugas di Sekolah Rendah Satu Mata Pelajaran Ugama.
8. Membuat penilaian prestasi kerja Guru-guru Besar dan Ketua Guru Ugama.
9. Membuat cadangan Ahli Unit Peperiksaan.
10. Melantik guru-guru untuk membuat soalan-soalan peperiksaan setengah dan akhir tahun.
11. Membuat cadangan perlantikan Guru Besar dan Ketua Guru Ugama.
12. Membuat laporan mengenai dengan pentadbiran, akademik, hal ehwal guru dan kakitangan kepada pihak berkenaan jika perlu.
13. Menyemak kunci kira-kira yuran dan kantin keseluruhan sekolah di Kawasan Brunei II.
14. Menandatangani permohonan keluar negeri bagi Pegawai-pegawai, Guru-guru dan Kakitangan Kawasan Brunei II.
15. Menjalankan sebarang tugas yang diarahkan oleh pihah atasan.

TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB PEMBENTU PPID BRUNEI II
HAJAH APAH BINTI HAJI SABTU
1. Penolong Ketua Pentadbiran dan Pejabat PPID Kawasan Brunei II.
2. Membuat laporan dan majmuk penyata bulanan Sekolah-Sekolah Ugama dan Sekolah-sekolah Rendah Kerajaan Kawasan Brunei II.
3. Membuat laporan dan majmuk keputusan Peperiksaan Setengah dan Akhir Tahun.
4. Menyediakan data sekolah dan maklumat peribadi guru-guru.
5. Membantu Pegawai Pengajian Islam dalam membuat penilaian prestasi Guru Besar dan Ketua-ketua Guru Ugama.
6. Membantu Pegawai Pengajian Islam dalam menyemak kunci kira-kira yuran dan kantin keseluruhan Sekolah-sekolah Rendah Ugama Kawasan Brunei II.
7. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pengajian Islam.

TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB PEMBANTU KERANI PPID BRUNEI II
ERNI BINTI HAJI ABD LATIF
1. Membuat surat menyurat pegawai-pegawai dan guru-guru.
2. Menyususn dan bertanggungjawab terhadap fail-fail Pegawai dan Guru Kawasan Brunei II.
3. Mengetahui terhadap bilangan fail untuk rujukan bagi kemudahan persuratan.
4. Membantu dan menjalankan kerja-kerja yang diarahkan.