Jumaat, 7 Ogos 2009

PANDUAN DISIPLIN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA













Jabatan Pengajian Islam,

Kementerian Hal Ehwal Ugama,

Negara Brunei Darussalam


Kandungan


Kata-kata Aluan Surat Kebenaran Setiausaha Tetap KHEU.

Pendahuluan

BAB1

1. Takrif/Konsep.

2. Tujuan Disiplin.

3. Tujuan Denda.


BABII.

4. Panduan Disiplin Sekolah-Sekolah Ugama.

4.1 Kedatangan Harian.

4.2 Waktu Belajar dan berada dalam kelas.

4.3 Waktu rehat.

4.4 Waktu balik dari sekolah.

4.5 Pakaian murid.

4.6 Kebersihan diri.

4.7 Rambut murid lelaki.

4.8 Tata tertib (kelakuan - keolahan).


BAB III

5. Kesalahan-kesalahan dan tindakan.

5.1 Kedatangan ke sekolah.

5.2 Dalam bilik darjah.

5.3 Balik dari sekolah / waktu rehat.

5.4 Dalam peperiksaan.

5.5 Rambut lelaki.

5.6 Pakaian murid.

5.7 Bersabit dengan bangunan/peralatan sekolah.

5.8 Hal Ehwal Perpustakaan.

5.9 Hal Ehwal mengenai murid-murid.

5.10 Hubungan murid-murid dengan guru-guru.


LAMPIRAN


Kata-kata Aluan

Alhamdulillah, syukur kita kepada AllahSubhanahu Wataala, salawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Salullahu Alaihi Wasallam serta kepada para sahabat dan pengikut baginda yang taat dan jujur hingga ke akhir zaman. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Penyusunan Panduan Disiplin Sekolah-Sekolah Ugama Jabatan Pengajian Islam kerana dapat menghasilkan buku panduan ini khasnya untuk kegunaan Guru-Guru Besar, Guru dan Murid-Murid di Sekolah-Sekolah Ugama. Sebelum penerbitan buku panduan ini sebahagian guru-guru besar di sekolah ugama telah mengambil inisiatif mereka dengan menyediakan beberapa peraturan-peraturan sekolah masing-masing yang didasarkan juga dari Panduan dan Peraturan Am Kerja Guru-Guru Ugama 1985 dan "Disiplin/Peraturan Sekolah dan Asrama" Jabatan Pelajaran Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam. Keadaan sedemikian sedikit sebanyak menimbulkan salah pengertian dan tidak keseragaman dalam hal disiplin sekolah. Menyedari tentang perlunya keseragaman itulah pihak Jabatan Pengajian Islam telah berusaha untuk menyusun Buku Panduan Disiplin Sekolah-Sekolah Ugama sebagai rujukan kepada guru-guru di sekolah Ugama, juga dapatlah guru-guru besar dan guru-guru memahami bidang kuasa yang ada pada mereka supaya pengawalan, pentadbiran dan perlaksanaan disiplin di sekolah dapat dipertingkatkan lagi dan dapat memastikan pengurusan pengajaran danpembelajaran di sekolah ugama berjalan dengan lancar dan sempurna. Dengan adanya panduan ini tidak bererti mengenepikan atau membatalkan panduan dan peraturan Am Kerja Guru-Guru Ugama 1985, juga tidak membatalkan atau mengurangkan kuasa peraturan kerajaan atau General Order seperti berjalan sekarang. Adalah diharapkan buku kecil ini berkemampuan menghasilkan satu pendekatan yang dinamik dan positif ke arah mencapai tujuan Pendidikan Islam yang sebenar dan dicita-citakan iaitu untuk melahirkan insan yang beriman, beramal dan berakhlak mulia.


(HAJI KASSIM BIN HAJI LAMAT)

Pengarah Pengajian Islam

Jabatan Pengajian Islam

Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

Tarikh: 7hb Syaaban 1415. 9hb January 1995.


PENDAHULUAN

Mana-mana Pusat Pengajian samada Rendah, Menengah mahupun Tinggi telah mempunyai peraturan atau disiplin yang tersendiri. Peraturan itu dibuat adalah untuk ekbajikan dan kebaikan semua pihak, dengan adanya peraturan itu akan memudahkan semua pihak dapat menjalankan tugas masing-masing. Penghayatan peraturan atau disiplin di kalangan murid adalah suatu perkara yang amat diambil perhatian di dalam pendidikan, lebih-lebih lagi dalam Pendidikan Islam. Tujuan Pendidikan Islam amat jelas iaitu untuk melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal dan bertaqwa serta berakhlak mulia. Dalam kontek SEkolah-Sekolah Ugama, hasrat ini dapat dilihat melalui tujuan pendidikannya. Ilmu-ilmu yang diajarkan serta suasana persekolahannya. Suasana persekolahan Ugama sangat mengizinkan pertumbuhan akhlak dan disiplin di kalangan murid-murid atau pelajarnya dan ini perlu dikekal dan dipertahankan. Walaupun demikian terdapat juga gangguan dan rintangan terhadap penghayatan peraturan dan disiplin murid, hal ini tidak dapat dinafikan. Menyedari hal yang demikian maka Jabatan Pengajian Islam telah membentuk satu Jawatankuasa bagi meny;usun Buku Panduan Disiplin Sekolah-Sekolah Ugama pada bulan September 1994 dan Alhamdulillah naskah panduan ini dapat disiapkan awal bulan Disember 1994. Buku Panduan ini mengandungi beberapa bab. Bab I menerangkan tentang takrif/konsep dan tujuan disiplin. Bab II menjelaskan tentang panduan-panduan disiplin dan dalam Bab III berhubungan dengan kesalahan-kesalahan dan tindakan. Hasrat Jabatan Pengajian Islam mengeluar buku panduan disiplin ini adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai gari pandu dalam emnjalankan peraturan-peraturan di sekolah. Maka Guru-Guru Besar danGuru Penolong perlulah menggunakan budi bicara masing-masing dalam bertindak agar hukum dan imbalannya akan lebih adil, tegas dan berkesan. Mudah-murdahan segala apa yang ungkayahkah ini, akan mendapat faedah bersama dalam meningkatkan kesempurnaan akhlak dan kemajuan pelajaran. Kepada Allah jua kita memohon Taufik dan Hidayat. Wassalam.


(HAJAH FATIMAH BINTI HJ ABD GHANI)

Penguasa Kenaziran,

Sekolah-Sekolah Ugama.

Pengerusi,

Jawatankuasa Penyusunan Buku Disiplin Sekolah-Sekolah Ugama Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam. January 1995.


BAB I

1. Takrif/Konsep

1.1 Sekolah Kecuali terdapat takrif yang menghendaki selainnya, maka Sekolah bererti Institusi Pengajian, termasuklah peringkat Pra Sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Ugama dan lain-lain institusi yang setaraf dengannya. 1.2 Murid Kecuali terdapat takrif yang menghendaki selainnya, maka murid adalah diguanakan bagi meringkaskan sebutan untuk menamakan anak-anak sekolah dalam semua peringkat institusi pengajian seperti dalam (1.1) di atas. 1.3 Disiplin Kecuali terdapat pengertian yang menghendaki selainnya, maka pengertian disiplin yang menurut Kamus Dewan maksudkan adalah seperti berikut:- i) Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri. ii) Peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berekelakuan baik. iii) Keputusan kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. iv) Hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan. Disiplin adalah satu garis panduan yang mesti diamalkan dan dihayati oleh setiap orang di dalam sesuatu institusi seperti Sekolah, Pejabat. Persatuan dan lain-lain. Dalam skop yang luas disiplin ialah satu garispandu yang patutu diamalkan dan dihayati oleh setiap orang dalam masyarakat dan negara. mukasurat 3 2. Tujuan Disiplin 2.1 Untuk melahirkan insan yang sempurna beriman, berilmu, beramal dan bertaqwa serta berakhlak mulia. 2.2 Sebagai garis pandu. 2.3 Untuk membentuk keperibadian murid dengan maksud supaya mereka akan lebih mendisipilinkan diri mereka, bagi menepati kedudukan sekolah sebagai institusi-institusi yang menampung bilangan guru dan murid yang ramai yang bertujuan mengawal kesempurnaan aktiviti-aktiviti mereka sebagai suatu golongan yang melibatkan institusi pengajian. 2.4 Untuk menemukan kelicinganperjalanan aktiviti-aktiviti dalam sekolah. 2.5 Melatih murid bertata tertib atau berdisiplin suapay mereka mematuhi undang-undang negara dan larangan masyarakat bila dewasa kelak. 3. Tujuan Denda 3.1 Untuk membaiki sikap bagi mematuhi peraturan-peraturan. 3.2 Untuk mendatangkan kesedaran dan keinsafan bahawa tiap-tiap peraturan mestilah dipatuhi. 3.3 Untuk mencegah perbuatan melanggar peraturan-peraturan dari berlaku berulang-ulang kali. mukasurat 4 BAB II 4. Panduan Disiplin Sekolah-Sekolah Ugama 4.1. Kedatangan Harian 4.1.1 Setiap murid adalah dimestikan hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan. 4.1.2 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah, ibubapa atau penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah secara bersurat. 4.1.3 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah selama tiga (3) hari berturut-turut dengan tidak ada makluman akan diambil tindakan yang bersesuaian. 4.1.4 Murid-murid yang tidak dapat hadiri ke sekolah kerana sakit atau sebab-sebab lain yang munasabah, ibubapa atau penjaga hendaklah menulis surat atau memberikan surat doktor kepada pihak sekolah. 4.1.5 Murid-murid yang lari dari kelas (escape) adalah dikira tidak hadir dan kedatangannya adalah ditanda dengan bulatan merah. 4.1.6 Murid-murid yang tidak hadir selama lima (5) hari atau lebih dalam sebulan tanpa sebarang kenyataan dari penjaga atau wakilnya akan diambil tindakan. 4.1.7 Mana-mana murid yang kurang dari 75% kehadirannya dalam setahun, maka murid berkenaan adalah tidak dibenarkan dari memasuki peperiksaan dan akan ditahan dari naik darjah tahun berikutnya. Kedatangan ini akan dikira dua minggu sebelum tarikh peperiksaan akhir tahun dijalankan. 4.1.8 Murid-murid yang lewat datang lebih dari 15 minit sehingga 1 jam dari waktu belajar akan ditanda dengan (L) lambat, dan dikira hadir.

mukasurat 6

4.1.9 Murid-murid yang lewat lebih 1 jam dari waktu belajar akan dikira tidak hadir dan dicatatkan di daftar kedatangan sebagai peringatan. 4.1.10 Murid-murid yang cuti akan ditanda (cha) dan murid yang sakit akan ditanda (sin). Perlu diingat tanda (cha) dan tanda (sin) dalam buku daftar kedatangan adalah tidak dikira hadir ke sekolah. 4.2. Waktu Belajar dan Berada dalam kelas 4.2.1 Murid-murid hendaklah berada atau hadir ke sekolah selewatnya 15 minit sebelum pelajaran dimulakan, dengan keadaan berwudhu bagi menunaikan sembahyang fardzu Zohor. 4.2.2 Pelajaran akan dimulakan sebaik-baik sahaja murid berada dalam kelas masing-masing dan selepas doa dibacakan. 4.2.3 Apabila datang ke sekolah murid-murid hendaklah berpakaian kemas, bersih dan lengkap dengan buku tulis, kitab dan alat tulis. 4.2.4 Murid-murid hendaklah menjawab salam dari guru atau pelawat yang masuk ke kelas dan mengucapkan terima kasih apabila mereka hendak keluar. 4.2.5 Mruid yang lewat hadir ke kelas hendaklah meninta izin terlebih dahulu untuk masuk belajar kepada guru yang mengajar dan menerangkan sebab-sebab kelewatannya. 4.2.6 Murid tidak dibenarkan menginggalkan kelas kecuali dengan mendapat kebenaran dariapda guru yang mengajar. 4.2.7 Sekiranya ada guru yang tidak mengajar dengan tidak diketahui sebab-sebanya, ketua kelas hendaklah melaporkan kepada Guru Besar selepas menunggu lima (5) minit. 4.2.8 Murid yang gilirannya menjaga hari hendaklah sentiasa memastikan kebersihan kelas mereka dan memastikan juga mempunyai alat-alat pengajaran yang lazimnya digunakan. mukasurat 6

4.2.9 Semasa berada dalam kelas mu;rid-murid dilarang makan atau minum dan hendaklah dalam keadaan senyap dan duduk ditempat masing-masing serta sentiasa mematuhi arahan guru. 4.2.10 Semasa dalam kelas murid-murid hendaklah duduk dengan tertib di tempat masing-masing, di mana murid-murid lelaki duduk di bahagian hadapan dan murid-murid perempuan duduk dibahagian belakang. 4.2.11 Masa belajar penuh bagi kelas IV, V dan VI adalah tiga (3) jam. Separuh masa habi kelas Pra, I, II dan III adalah satu setengah (1 1/2) jam. 4.3. Waktu Rehat 4.3.1 Masa rehat hanya dibenarkan selama lima belas (15) minit. 4.3.2 Masa rehat murid-murid dilarang keluar dari kawasan sekolah. 4.3.3 Murid-murid diingatkan agar tidak berlari-lari atau bermain-main dikawasan yang dilarang. Dan menaiki tiang atau pokok di kawasan sekolah dan di kawasan luar sekolah, dan duduk di atas pagar veranda sekolah, dan tempat-tempat lain yang boleh mendatangkan bahaya. 4.3.4 Murid-murid dilarang berada di kawasan letak kerita guru dan kawasan taman bunga di kawasan sekolah. 4.3.5 Murid-murid dilarang membeli barang-barang makanan atau minuman dan seumpamanya ditempat lain kecuali di kantin sekolah sahaja. 4.3.6 Murid-murid dibenarkan makan dan minum semasa waktu rehat di tempat-tempat yang dibenarkan dan seelok-eloknya dalam keadaan duduk dan membuang sisa-sisa makanan dan kertas pembungkusnya di dalam tong-tong sampah yang disediakan di kawasan sekolah. 4.3.7 Murnid-murid dikehendaki segera masuk ke kelas masing-masing sebaik sahaja loceng dibunykan dan dalam keadaan berwudhu bagi menunaikan sembahyang fardhu 'Asar.

mukasurat 7 4.4. Waktu Balik dari Sekolah 4.4.1 Sebelum meninggalkan Darjah, Ketua Darjah hendaklah memastikan yang bilik darjah tersebut dalam keadaan kemas, besih dan teratur, kipas, lamu, jendela dan pintu mestilah ditutup dan papan hitam hendaklah dibersihkan. 4.4.2 Semasa keluar dari bilik darjah, murid-murid hendaklah beratur dan ditegah bertolak-tolak, berteriak dan bergurau antar satu dengan yang lainnya. Kalu bercapur murid-murid perempuan dan murid kecil hendaklah didahulukan. 4.4.3 Murid-murid dibenarkan balik setelah mereka selesai menunaikan sembahyang fardhu Asar berjemaah. 4.4.4 Hanya keluarga murid iaitu ibubapa/ penjaga/ wakilnya sahaja dibenarkan mengambil murid balik. 4.4.5 Murid-murid yang balik dengan berjalan kaki dan menaiki basikal hendaklah berhati-hati di jalan raya, jagan berlari atau bertolak-tolak dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya. 4.4.6 Murid-murid sesudah keluar dari kawasan sekolah pada jam tertentu. Pihak sekolah berkenaan tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku keatas mereka. 4.5. Pakaian Murid. Murid Lelaki 4.5.1 Memakai baju dan seluar cara melayu putih, butang baju hendaklah sentiasa terpasang, sinjang atau samping berwarna biru tua dari pusat hingga ke lutut. Bersongkok warna hitam atau warna putih bagi yang sudah menunaikan fardhu haji. [lampiran A] 4.5.2 Kasut berwarna putih atau berwarna hitam. Stokin warna putih. Dilarang memakai kasut yang berwarna berjalur-jalur, bertumit tinggi dan mengeluarkan bunyi bising. 4.5.3 Seluar putih jenis jean adalah dilarang dan tidak boleh dipakai. mukasurat 8 Murid Perempuan 4.5.4 Memakai baju kurung warna putih hingga ke paras lutut, kain berwarna biru tua dan tidak jarang dan memakai mini talkong berwarna putih hingga ke paras pusat. [lampiran B] Dikecualikan Penuntut Sekolah Ugama yang belajar Ugama dibangunan Sekolah-Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan. Warna pakaian penuntut tersebut adalah mengikut seperti mana uniform Sekolah Menengah masing-masing. Adalah ditekankan bahawa Tudong Penuntut hendaklah kemas dan sentiasa dipasang kerusang/pin baju. Penuntut adalah ditegah menyimpul tudong sama ada pada pertengah atau dihujung tudong. [lampiran C] 4.5.5 Kasut berwarna putih atau berwarna hitam dan stokon berwarna putid dan dilarang memakai kasut yang berwrna berjalur-jalur, bertumit tinggi dan mengeluarkan bunyi bising. 4.5.6 Murid-murid tidak dibenarkan berseolek dan memakai barang-barang kemas pada masa sekolah. 4.6. Kebersihan Diri 4.6.1 Kebersihan tubuh badang hendaklah sentiasa dijaga dan diamalkan. 4.6.2 Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas. 4.6.3 Kuku jari tangan dan kaki hendaklah dipotong dan dibersihkan dan memotong hendaklah dihari yang disunatkan. 4.6.4 Rambut hendaklah berkeadaan bersih dan kemas. 4.6.5 Rambut murid perempuan tidak boleh keluar dari tudong. 4.6.6 Guru hendaklah diberus dan dibersihkan setiap hari dan bersugi adalah disunatkan.

mukasurat 9 4.7. Rambut Murid Lelaki 4.7.1 Murid-murid tidak dibenarkan berambut panjang menutup telinga dan kolar baju sebelah belakang. 4.7.2 Murid-murid tidak benarkan mewarnakan dan membentuk rambut seperti gaya punk, apro dan wet look atau seumpamanya. 4.7.3 Murid-murid tidak dibenarkan mengikut fesyen-fesyen rambut seperti mohican, lop sided, tails, betingkat-tingkat dan panjang menutup mata. 4.7.4 Rambut murid-murid hendaklah sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih. [lihat lampiran D dan E] 4.8. Tata Tertib (Kelakuan / Keolahan). 4.8.1 Murid-murid dikehendaki menanamkan semangat hormat, kasih sayang terhadap bangsa dan negara serta mengamalkan sifat-sifat taat kepada Allah dan RasulNya, setia kepada Raja, Undang-undang Negara, Ugama Islam sebagai Ugama Rasmi Negara mengikut AhliSunnah Waljamaah bermazhab Syafie dan mendukong Konsep Melayu Islam Beraja. 4.8.2 Murid-murid hendaklah bercita-cita tinggi dan berkeyakinan bagi menjadi seorang insan yang berdisiplin, bersopan santun, berbudi bahasa, bermoral tinggi dan sentiasa hormat kepada ibubapa/ penjaga, guru-guru, kakitangan sekolah serta orang yang lebih tua. 4.8.3 Murid-murid mestilah mempunyai sifat berjimat cermat, kasih sayang pada harta benda sekolah yang dipinjam atau digunakan. 4.8.4 Murid-murid hendaklah sentiasa:- i. Menunjukkan tingkahlaku yang bermoral tinggi dan bersopan santun. ii. Menghormati dan bekerjasam dengan guru besar dan guru-guru darjah dan pekerja-pekerja sekolah. mukasurat 10 iii. Menunjukkan sikap dan minat ingin maju di dalam semua lapangan, terutama di dalam bidang pelajran. iv. Menjaga kebersihan sama ada di dalam mahupun diluar bilik darjah dan kawasan bangunan sekolah. v. Melaporkan sega masalah kepada guru darjah masing-masing. vi. Murid-murid yang besar dan yang tua atau darjah tinggi hendaklah mengawasi murid-murid yang kecil dan murid darjah rendah dan sentiasa membantu mereka dalam sesuatu hal yang patut diberikan bantuan. vii. Menjaga keselamatan diri murid sendiri dan murid-murid yang lain. viii. Mengamalkan segala pelajran yang dipelajari di sekolah. mukasurat 11 BAB III 5. KESALAHAN-KESALAHAN DAN TINDAKAN





LAMPIRAN








Garis Pandu Menghantar Penyata Kunci Kira-Kira Yuran Sekolah dan Memohon Mengeluarkan atau Menggunakan Wang Yuran Sekolah

MINIT

Kepada
Yang Berkenaan *

GARIS PANDUAN MENGHANTAR PENYATA KUNCI KIRA-KIRA YURANG SEKOLAH DAN MEMOHON MENGELUARKAN ATAU MENGGUNAKAN WANG YURAN SEKOLAH

Dengan hormat sukacita berhubung dengan perkara yang tersebut di atas, adalah dengan ini disertakan Garis Pandu cara Menghantar Kunci Kira-Kira Yuran Sekolah dan cara Memohon Menggunakan atau Mengeluarkan Wang Yuran Sekolah menurut peratuan Kementerian Kewangan 1983 Bilangan: FR 15, FR 16 dan FR 17:


1. Kunci Kira-Kira Yuran Sekolah

i. Hendaklah dibuat dan dihantar ke Jabatan 2 kali dalam Satu Tahun iaitu bagi bulan Januari - Jun hendaklah dihantar tidak lewat pada setiap 31hb Julai dan bagi bulan Julai - Disember hendaklah dihantar tidak lewat pada setiap 31 Januari.

ii. Setiap kunci Kira-Kira yang dihantar hendaklah menyertakan Minit Sekolah kepada Pengarah Pengajian Islam, KHEU, Borang Penyata Kunci Kira-Kira, Salinan Depan Mukasurat Akaun Bank, Salinan Bank (yang terdapat catatan baki wang terdahulu dan kemudian, Salinan resit-resit Pembelian, Bank Slip (Simpanan dan Pengeluaran), Lampiran Perbelanjaan dan Keramaian Murid (bagi Kunci Kira-Kira bulan Januari - Jun)


2. Permohonan Mengeluarkan Wang Yuran Sekolah

i. Semua Guru Besar adalah Dikehendaki Membuat Permohonan Terlebih Dahulu Sebelum Mengeluarkan Wang Yuran Sekolah kecuali dalam kes-kes yang tertentu kerana kecemasan dan perbelanjaan di bawah $100 (satu ratus ringgit sahaja).

ii. Setiap permohonan hendaklah menyertakan Minit Sekolah kepada Pengarah Pengajian Islam, KHEU, Setiap Permohonan hendaklah menyatakan Jumlah Wang diperlukan, tujuan pengeluaran dan Jumlah Baki Wang terdapat pada masa permohonan dibuat, Minit Mesyuarat, Setiap perbelanjaan di atas $ 500.00 (Lima ratus Ringgit) hendaklah menyertakan sebut harga dari 3 pembekal, salinan Depan Mukasurat akaun Bank dan Salinan Bank (yang terdapat catatan baki wang terdahulu dan kemudian).

2. Adalah diperingatkan Semua Wang Yuran Sekolah hendaklah disimpan di dalam akaun Bank Sekolah Masing-Masing dan setiap kutipan Wang Yuran hendaklah disimpan ke dalam Bank tidak lewat pada 30hb Jun pada setiap tahun.

3. Untuk kebaikan bersama, dipohonkan kerjasama semua pihak untuk mematuhi segala peraturan yang telah dinyatakan bagi melancarkan proses kerja.

Sekian disampaikan untuk tindakan selanjutnya.

"KELUARGA DIKASIHI PENDERAAN DIHINDARI"

Ditandatangani oleh PI1

Ruj Kami: JPI/32/02

Tarikh: 14 Syaaban 1430H/05 Ogos 2009M

Salinan kepada:
=Penolong Pengarah Pengajian Islam, KHEU.
=Ketua Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengajian Islam, KHEU.
=Ketua Unit Sekolah-Sekolah Ugama, Bahagian Institusi Pengajian, JPI, KHEU.
=Ketua Unit Kewangan, Bahagian Pentadbiran, JPI, KHEU.
=Fail Berkenaan
=Rekod semak.

Yang Berkenaan *
=Pegawai Pengajian Islam, Kawasan Brunei I, II, III & IV.
=Pegawai Pengajian Islam, Daerah Tutong.
=Pegawai Pengajian Islam, Daerah Belait.
=Pegawai Pengajian Islam, Daerah Temburong.
(yang bertindak untuk menyampaikan kepada semua GB)

Kepada Semua GB,
Salinan diedarkan kepada semua GURU BESAR untuk bertindak melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Kerjasama kepada semua GURU BESAR dan adalah diharapkan demi melicinkan pentadbiran GURU-GURU BESAR dan juga kelancaran proses selanjutnya dari Pejabat Pengajian Islam, KHEU.

Ahad, 2 Ogos 2009

PANDUAN DAN PERATURAN AM KERJA GURU-GURU UGAMA 1985 (KEBENARAN MEMO BIL:7/JUB/19/1973)

1. PERKARA-PERKARA AM

1.1 Panduan dan Peraturan ini adalah dikuatkuasakan kepada setiap Guru-guru Ugama Kerajaan Negara Brunei Darussalam, sama ada lantikan secara tetap, berkontrak atau dari sebulan kesebulan.

1.2 Panduan dan Peraturan ini tidaklah membatalkan atau mengurangkan kuasa-kuasa peraturan-peraturan Kerajaan atau General Order.

1.3 Walaupun peraturan ini telah banyak menyentuh tugas dan tanggung jawab guru-guru ugama yang mengajar di sekolah-sekolah ugama tetapi bahagian-bahagian atau ceraian-ceraian yang tertentu dan yang berkenaan daripadanya adalah juga dikuatkuasakan kepada Ketua-Ketua Guru Ugama dan Guru-Guru Ugama yang mengajar satu mata pelajaran ugama sama ada di Sekolah-Sekolah Rendah atau Menengah.

1.4 Panduan Am Kerja Guru-Guru Ugama Brunei 1973, dengan ini adalah dimansuhkan.


2. TUJUAN PELAJARAN UGAMA

2.1 Tujuan Sekolah-Sekolah Ugama

(a) Mendidik kanak-kanak supaya dapat memahami dan mempercayai serta mengamalkan ajaran-ajaran Ugama Islam dengan keimanan kepada Allah yang maha Esa.

(b) Mengajar pelajaran-pelajaran ugama supaya dapat menanamkan semangat dan kesedaran berugama dijiwa kanak-kanak.

(c) Memimpin kanak-kanak supaya mereka cenderong dan berminat kepada ajaran-ajaran ugama sehingga boleh memikul tanggungjawab yang sepenuhnya bila mereka dewasa.

(d) Membentuk budi pekerti kanak-kanak supaya mereka menjadi rakyat yang tinggi dan sempurna budi pekerti berasaskan ajaran-ajaran Ugama Islam yang sejati.

(e) Melatih dan mengasuh kanak-kanak bagi mengerjakan suruhan-suruhan dan menjauhi larangan supaya mereka menjadi orang-orang Islam yang taat dan patuh dalam melaksanakan perintah dan hukum-hukum Allah.

(f) Mendidik kanak-kanak supaya menjadi anggota masyarakat yang bertanggung jawab dalam berkhidmat kepada negara dan bangsanya berdasarkan ajaran-ajaran Ugama Islam.


2.2 Tujuan Satu Mata Pelajaran Ugama

(a) Memupuk dan menggalakkan pendidikan dan pelajaran asas-asas Ugama Islam yang wajib dikalangan murid-murid supaya dapat dijadikan amalan sehari-hari sebagai seorang Islam.



muka surat 1


(b) Menanam dan memperkembang kerohanian yang sihat berpandukan asas-asas Ugama Islam untuk menjadi panduan hidup murid-murid dalam masyarakat, dan untuk dapat dipergunakan bagi faedah bangsa, nusa dan Ugama.

(c) Menanamkan kepercayaan bahawa Islam ialah suatu cara hidup yang lengkap lagi sempurna dan menjadi sumber kekuatan dalam perkembangan dan pembangunan kemsayarakatan.

(d) Memperkenalkan kepada murid-murid akan pengertian dan pengetahuan Islam yang sebenarnya dari segi-segi hukumnya sejarah dan akhlaknya dan lain-lain bagi memberikan keinsafan kepada mereka bahawa Ugama Islam adalah satu Ugama yang benar-benar tinggi dan bertamadun sesuai untuk memenuhi kehendak-kehendak kehidupan manusia seluruhnya.

(e) Memupuk perasaan persaudaraan yang sihat dikalangan umat manusia yang berbilang bangsa dan ugama.


3. TUGAS DAN KEWAJIPAN

3.1 Tugas dan Kewajipan Semua Guru

(a) Guru-guru hendaklah hadir bertugas pada hari-hari persekolahan.

(b) Kehadiran yang dikehendaki ialah daripada setengah jam sebelum pelajaran dimulakan sehingga berakhir waktu persekolahan.

(c) Tidak hadir bertugas, lambat datang, awal balik atau keluar semasa bertugas dengan tidak ada sebab yang munasabah atau tidak ada kebenaran daripada ketua adalah menjadi kesalahan kepada guru-guru dan boleh diambil tindakan tatatertib terhadapnya.

(d) Dalam masa setengah jam sebelum pelajaran dimulakan itu adalah menjadi kewajipan kepada semua guru-guru untuk memerhati dan mengawasi kerja murid-murid seperti membersihkan bilik-bilik darjah, kawasan sekolah dan sebagainya.

(e) Sebelum masuk mengajar, guru-guru hendaklah terlebih dahulu siap sedia dengan keperluan-keperluan mengajar terutama BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR yang telah dibuat dengan lengkap dan teratur.
(f) Sebelum masuk mengajar, guru-guru hendaklah juga mempastikan bahawa mereka benar-benar menguasai pelajaran yang akan diajarkan dengan baik dan sempurna.



muka surat 2


(g) Guru-guru hendaklah sentiasa berusaha dan bekerja keras pada meninggikan dan meluaskan ilmu pengetahuan mereka terutama yang ada hubungannya dengan tugas mereka termasuklah Ilmu Pendidikan dan yang berhubung dengannya.

(h) Semasa berada di dalam dan di luar sekolah guru-guru hendaklah sentiasa mengingat kedudukan mereka sebagai Guru Ugama serta bertindak dengan tindakan-tindakan yang sesuai dengan kedudukan tersebut.

(i) Guru-guru hendaklah memiliki peribadi dan akhlak yang baik yang dapat menjadi contoh dan ikutan kepada masyarakat umum.

(j) Guru-guru hendaklahlah rajin dan titih pada melaksanakan kerja-kerja dan tugas-tugas yang diarahkan kepada mereka.

(k) Mengajar Kelas Dewasa Ugama/Quran adalah sebahagian daripada tugas Guru-guru Ugama, dan dengan yang demikian mereka mestilah menjalankan jika dikehendaki.

(l) Guru-guru hendaklah sentiasa berpegang kepada ajaran-ajaran Ugama Islam serta menunaikan perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-larangannya.

(m) Guru-guru hendaklah mengelakan diri daripada melakukan apa jua perbuatan yang boleh menyebabkan ianya dihadapkan ke mahkamah.


3.2 Tugas dan Kewajipan Guru-Guru Besar

(a) Sebagai ketua di Sekolah tempat ia bertugas, Guru-Guru Besar adalah bertanggungjawab terhadap semua perkara dan kejadian yang berlaku di sekolah tersebut.

(b) Guru-Guru Besar hendaklah mengawasi hal keadaan guru-guru penolongnya termasuklah dalam segi kehadiran, kelakuan, pakaian, ilmu pengetahuan, kecergasan dan ketitihan dan lain-lain.

(c) Guru-Guru Besar hendaklah sentiasa mengawasi hal keadaan murid-murid dalam semua segi termasuklah kemajuan pelajaran, kelakuan, pakaian dan keselamatan.

(d) Adalah menjadi tanggungjawab Guru-Guru Besar menjaga serta mengawasi keselamatan dan kesenunuhan bangunan sekolah dan semua harta benda di dalamnya.

(e) Guru-Guru Besar hendaklah bertanggungjawab terhadap hal ehwal kewangan sekolah termasuk YURAN sekolah dan KANTIN sekolah.



muka surat 3


(f) Untuk melicingkan pentadbiran dan perjalanan sekolah, Guru-Guru Besar bolehlah membahagikan tugas-tugas dan kerja-kerja sekolah dikalangan guru-guru penolongnya.

(g) Jika sekiranya dikehendaki Guru-Guru Besar adalah bertanggungjawab menyusun jadual waktu pelajaran, dan perundingan dengan guru-guru penolongnya bolehlah diadakan untuk kesempurnaan jadual waktu tersebut.

(h) Guru-Guru Besar adalah juga bertanggung jawab mengesahkan kemasukan murid-murid baru serta mengeluarkan surat berhenti bagi murid-murid yang hendak berhenti sekolah.

(i) Guru-Guru Besar hendaklah mencatit dalam BUKU PERHARIAN GURU-GURU BESAR akan perkara-perkara dan kejadian-kejadian yang berlaku pada setiap hari persekolahan.

(j) Guru-Guru Besar hendaklah mengisi PENYATA BULANAN SEKOLAH dengan lengkap dan betul serta menyerahkannya kepada Nazir Pentadbiran Kawasan (Sekarang PPID) pada waktu yang telah ditetapkan.

(k) Guru-Guru Besar hendaklah memeriksa dan mengesahkan BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR guru-guru penolongnya serta membetulkannya jika perlu.

(l) Guru-Guru Besar adalah tidak terkecuali daripada TUGAS MENGAJAR melainkan sekolah-sekolah yang mempunyai lebih 300 orang murid. Dalam keadaan yang demikian Guru-Guru Besar bolehlah mengecualikan dirinya daripada mengajar dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerja-kerja petadbiran. Walau bagaimanapun ada baiknya Guru-Guru Besar turut juga mengajar dengan mengambil mata-mata pelajaran yang difikirkan penting dalam darjah-darjah yang tinggi.

(m) Guru-Guru Besar hendaklah melaporkan kepada Nazir Pentadbiran Kawasan (sekarang PPID) mana-mana perkara yang perlu dilaporkan yang berlaku di sekolahnya sama ada yang berhubung dengan bangunan dan peralatan sekolah mahupun yang berhubung dengan guru-guru, murid-murid dan sebagainya.

(n) Guru-Guru Besar adalah diberikan kuasa untuk menimbangkan kesulitan-kesulitan yang berat dan mengejut yang dihadapi oleh guru-guru penolongnya dengan pertimbangan yang patut dan sesuai.


muka surat 4



(o) Hanya Guru-Guru Besar yang menjatuhkan hukuman yang berat kepada murid-murid yang didapati bersalah melanggar peraturan sekolah dengan berpandukan kepada peraturan.

(p) Guru-Guru Besar adalah dikehendaki memberi nasihat dan bimbingan kepada guru-guru penolongnya dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kerja-kerja dan tugas-tugas sekolah, dan juga yang berhubung dengan disiplin bekerja dan kelakuan.

(q) Guru-Guru Besar tidak boleh membenarkan guru-guru balik lebih awal daripada masa persekolahan yang telah ditetapkan kecuali ada sebab-sebab yang benar-benar mendesak atau ada kebenaran daripada Nazir Pentadbiran Kawasan (Sekarang PPID).


3.3 Tugas dan Kewajipan Guru-Guru Penolong


(a) Hendaklah sentiasa patuh kepada perintah dan arahan Guru Besar atau ketua dalam semua perkara yang berhubung dengan pekerjaan dan kedudukan mereka sebagai guru ugama.

(b) Mengajar murid-murid sebagaimana yang diarahkan oleh Guru Besar.

(c) Menolong Guru Besar dalam semua tugas dan tanggung jawab.

(d) Bersama-sama berfikir dan berusaha dengan Guru Besar untuk memajukan sekolah dan pelajaran murid-murid.

(e) Berusaha menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaannya.

(f) Hendaklah sentiasa jujur, ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam mengerjakan pekerjaan-pekerjaan sekolah atau yang seumpamanya bagi memajukan pelajaran murid-murid dan juga sekolah.


3.4 Hubungan Guru-Guru dengan Masyarakat

(a) Guru-guru hendaklah sentiasa bersedia dan ringan tangan untuk memberikan kerjasama kepada masyarakat umum dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Fardhu Kifayah dan lain-lain perkara keugamaan dan kebajikan.

(b) Guru-guru hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan kehendak masyarakat setempat atas asas yang tidak bertentangan dengn nilai-nilai dan hukum-hukum Ugama Islam.



muka surat 5


(c) Guru-guru hendaklah sentiasa bekerjasama dengan ibubapa atau penjaga murid-murid bagi memajukan pelajaran murid-murid itu.

(d) Guru-guru hendaklah sentiasa mengamalkan sifat jujur, ikhlas serta amanah terutama yang berhubung dengan pekerjaan yang ditanggungkan oleh orang ramai kepadanya.

(e) Guru-guru hendaklah sentiasa berdamping rapat dan berunding dengan orang-orang kenamaan ditempat mereka bertugas, seperti Penghulu dan Ketua Kampong bagi memajukan pelajaran ugama dan kegiatan-kegiatan keugamaan dikalangan penduduk-penduduk di tempat tersebut.

(f) Guru-guru hendaklah sentiasa bersedia melibatkan diri dalam pengelolaan dan pengendalian majlis-majlis keugamaan serta memberikan sumbangan dan khidmat yang selayaknya kepada majlis-majlis tersebut.

(g) Guru-guru hendaklah mengadakan hubungan yang baik dengan msayarakat setempat bagi menjinakkan serta menarik hati mereka untuk mendekatkan diri kepada ugama.


4. GURU DAN PEJABAT


4.1 Guru-guru hendaklah PATUH kepada PERINTAH dan ARAHAN PEGAWAI-PEGAWAI yang mempunyai kedudukan sebagai KETUA KEPADA MEREKA, termasuklah NAZIR PENTADBIRAN KAWASAN dan PENOLONGNYA, PEGAWAI PENTADBIRAN PEJABAT PELAJARAN UGAMA, NAZIR-NAZIR LAWATAN dan lain-lain PEGAWAI JABATAN HAL EHWAL UGAMA yang mempunyai kedudukan yang tersebut.

4.2 Pegawai-pegawai yang berkenaan adalah berkuasa mengarahkan guru-guru untuk menjalankan dan melaksanakan perkara-perkara yang dalam lengkongan dan batas pekerjaan dan kedudukan mereka sebagai Guru Ugama.

4.3 Semasa berjumpa dengan pegawai-pegawai di pejabat, guru-guru hendaklah BERSOPAN-SANTUN dan BERADAB sesuai dengan kedudukan mereka sebagai Guru Ugama.

4.4 Semasa datang ke pejabat, guru-guru hendaklah MEMAKAI PAKAIAN YANG KEMAS. Adalah DITEGAH guru-guru lelaki datang ke pejabat dengan MEMAKAI SELIPAR, TIDAK BERSONGKOK ataupun dengan PAKAIAN YANG TIDAK SESUAI. Guru-guru perempuan pula DITEGAH datang kepejabat dengan TIDAK BERTUDUNG KEPALA atau MAMAKAI PAKAIAN YANG TIDAK SESUAI.

4.5 Segala SURAT MENYURAT biasa yang dihantar ke pejabat hendaklah dibuat dalam 5 SALINAN dengan melalui saluran-saluran yang ditentukan.


muka surat 6



4.6 Surat-menyurat yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan boleh ditolak untuk tidak diterima.

4.7 Isi surat hendaklah ringkas tetapi terang dan jelas maksudnya.

4.8 Pihak pejabat adalah tidak bertanggungjawab atas surat-surat yang tidak sampai ke pejabat dengan sebab hilang, alamat tidak terang dan sebagainya.

4.9 Dalam perkara-perkara yang berhubung dengan pekerjaan, guru-guru tidak boleh berjumpa dengan pegawai yang lebih tinggi dengan tidak berunding atau tanpa kebenaran daripada pegawai yang terlebih dahulu patut dijumpainya.

4.10 Guru-guru hendaklah melaksanakan dengan sebaik-baiknya sebarang tugas yang diberikan kepadanya oleh pihak pejabat seperti tugas-tugas yang berhubung dengan Peraduan Quran Dewasa, Peraduan Quran dan Syarahan Murid-Murid Sekolah Ugama, majlis-majlis keugamaan dan sebagainya.

4.11 Guru-guru adalah dikehendaki menghadiri majlis-majlis yang disebutkan dalam bilangan (4.10) di atas kecuali ada sebab yang munasabah yang tidak membolehkannya hadir.


5. GURU DAN MURID

5.1 Tugas guru di sekolah ialah untuk memberikan pendidikan dan pengajaran ugama kepada murid-murid supaya dengannya murid-murid itu dapat menjadi manusia yang baik serta berguna kepada masyarakat, bangsa, ugama dan negara.

5.2 Oleh yang demikian, guru-guru hendaklah menjadikan diri mereka sebagai contoh tauladan yang baik kepada murid-murid, sama ada dari segi kelakuan, pakaian, kebersihan, tutur kata dan sebagainya.

5.3 Guru-guru hendaklah sentiasa berusaha untuk menjalankan pengajaran yang baik, kemas dan berkesan kepada murid-murid, sama ada dari segi isi pengajaran atau pun cara penyampaian.

5.4 Guru-guru adalah ditegah sama sekali memukul murid-murid atau yang seumpama dengannya.

5.5 Guru-guru adalah ditegah mengeluarkan sebarang perkataan yang kurang sopan atau kata-kata yang kesat kepada murid-murid, seperti memaki atau membabitkan nama baik ibubapa atau keturunan murid-murid tersebut.


muka surat 7



5.6 Dalam menjalankan pengajaran dan pendidikan guru-guru hendaklah berpegang dan mengamalkan cara-cara pendidikan yang sihat serta bersesuaian dengan ajaran-ajaran Islam.

5.7 Apabila menghadapi sebarang kesulitan berhubung dengan tugas dan pengajaran, guru-guru bolehlah meminta nasihat dan tunjuk ajar daripada Guru Besar sekolahnya.

5.8 Guru-guru hendaklah menaruh perasaan kasih sayang kepada murid-murid serta menganggap diri mereka sebagai ibu atau bapa kepada murid-murid tersebut atau sekurang-kurangnya orang yang bertanggung jawab terhadap pendidikan dan pelajaran mereka.


6. SIFAT-SIFAT GURU

6.1 Memiliki peribadi yang tinggi serta mempunyai akhlak dan perangai yang baik.

6.2 Mempunyai perasaan kasih sayang kepada murid-murid serta memiliki sifat-sifat kebapaan dan keibuan.

6.3 Mempunyai fikiran dan emosi yang matang.

6.4 Mempunyai pandangan yang luas sehingga dapat membuat pertimbangan yang wajar.

6.5 Mempunyai jiwa yang bersih, jujur dan ikhlas.

6.6 Tidak mudah terpengaruh kepada perkara-perkara yang belum tentu baik buruknya dan benar salahnya.

6.7 Boleh mengawal diri dan perasaan dalam semua keadaan, dalam erti kata tidak mudah melahirkan perasaan sedih atau gembira serta boleh mengawal dorongan nafsu dan kehendak.

6.8 Mempunyai ilmu pengetahuan yang selaras dalam dan luasnya dengan kehendak tugas dan kedudukan mereka sebagai Guru Ugama.

6.9 Rajin berusaha dan bersemangat tinggi serta ingin melihat hasil kerja yang berkesan dan kemas.

6.10 Sentiasa bersikap tenang serta tidak gopoh menghadapi sesuatu masalah dan keadaan.

6.11 Percaya kepada diri sendiri serta tidak merasa rendah diri.

6.12 Memiliki nilai-nilai kepimpinan dari sergi gerak geri, percakapan dan cara berpakaian.


muka surat 8



7. PAKAIAN GURU

7.1 Pakaian Guru Lelaki Semasa Bertugas

(a) Pakaian guru-guru lelaki ialah baju kemeja lengan panjang dan berseluar panjang dengan warna yang sesuai. (sekarang menurut peraturan yang dikeluarkan oleh JPA ialah memakai baju melayu)

(b) Potong seluar hendaklah tidak terlalu ketat.

(c) Hendaklah memakai songkok hitam. Guru-guru yang sudah menunaikan Fardu Haji bolehlah memakai songkok putih atau tengkolok.

(d) Hendaklah memakai kasut berwarna hitam atau lain-lain warna-warna yang sesuai. Adalah ditegah guru-guru memakai kasut getah, selipar atau yang seumpama dengannya.

(e) Adalah ditegah guru-guru memakai baju berlengan pendek atau baju keluar.

(f) Adalah dibolehkan guru-guru memakai tali lihir. (Sekarang tidak digalakkan)

(g) Pakaian guru-guru hendaklah bersih dan kemas sehingga tidak mengurangkan atau menjatuhkan taraf dan kedudukan mereka sebagai Guru Ugama.


7.2 Pakaian Guru Perempuan Semasa Bertugas

(a) Pakaian guru-guru perempuan ialah baju kurung putih dengan potongan yang dapat melindungi bentuk badan serta menutup bayangan warna kulit (tidak jarang) dan berkain warna hijau, memakai tudung dakwah serta memakai stokin yang dapat menutup warna kulit.

(b) Adalah ditegah guru-guru perempuan memakai kasut tumit tinggi, kasut getah atau selipar getah (selipar jepun) atau yang seumpama dengannya.

(c) Guru-guru adalah dilarang bersolek yang keterlaluan atau mengecat kuku.

(d) Guru-guru adalah dilarang membuka tudung ketika mengajar.

(e) Pakaian guru-guru hendaklah bersih dan kemas sehingga tidak mengurangkan dan menjatuhkan taraf dan kedudukan mereka sebagai Guru Ugama.


muka surat 9



7.3 Pakaian Guru Di Luar Sekolah

(a) Pakaian guru-guru lelaki dan perempuan semasa di luar sekolah dan dimana-mana jua hendaklah sesuai dengan kedudukan mereka sebagai Guru Ugama.

(b) Jenis fashion, potongan dan curak pakaian hendaklah tidak menjolok mata serta dapat menjadi contoh yang baik kepada masyarakat umum.


7.4 Rambut Guru Lelaki dan Perempuan

(a) Adalah dilarang guru-guru lelaki berambut panjang lebih daripada had bawah telinga, dan ujung rambut hendaklah sedarhana nipisnya.

(b) Adalah dilarang guru-guru perempuan berambut fashion terutama semasa bertugas di sekolah.



8. MURID-MURID

8.1 Kemasukkan, Kehadiran dan Kelakuan

(a) Kanak-kanak yang diterima masuk belajar di sekolah-sekolah ugama ialah kanak-kanak yang telah lulus Darjah II Sekolah Rendah Kerajaan atau yang sebanding dengannya. Kanak-Kanak yang tidak memenuhi syarat ini hanya akan diterima apabila umurnya genap 8 tahun pada awal tahun persekolahan yang ia hendak bersekolah ugama itu.

(b) Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah, penjaganya hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sama ada secara lisan ataupun bertulis.

(c) Mana-mana murid yang tidak hadir ke sekolah dengan tidak ada permakluman daripada penjaganya selama tiga hari berturut-turut Guru Besar hendaklah menghubungi penjaga murid tersebut secara bertulis.

(d) Murid-murid adalah dikehendaki membawa buku-buku dan alat-alat pelajaran selengkapnya ke Sekolah.

(e) Murid-murid adalah dikehendaki berkelakuan baik dan taat mengikut perintah guru serta patuh kepada peraturan-peraturan sekolah.

(f) Mana-mana murid yang berkelakuan tidak senunuh, engkar perintah guru atau melanggar peraturan sekolah, hendaklah diberikan nasihat oleh atau Guru Besar. Jika sekiranya ternyata penjaga murid yang berkenaan tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya maka perkara tersebut hendaklah dilaporkan oleh Guru Besar kepada Nazir Pentadbiran Kawasannya untuk tindakan selanjutnya.


muka surat 10


8.2 Pakaian

(a) Pakaian murid-murid LELAKI ialah CARA MELAYU PUTIH BERSAMPING BIRU, BERSONGKOK dan BERKASUT.

(b) Pakaian murid-murid PEREMPUAN ialah BAJU KURUNG PUTIH BERKAIN BIRU atau WARNA KAIN INIFORM SEKOLAHNYA ( Sekolah Melayu/Inggeris), BERTUDUNG DAN BERKASUT.

(c) Adalah DITEGAH murid-murid lelaki dan perempuan MEMAKAI SELIPAR atau yang seumpamanya semasa datang belajar ke sekolah.

(d) Pakaian murid-murid hendaklah sentiasa KEMAS dan BERSIH.

(e) Murid-murid adalah DITEGAH membawa atau memakai BARANG PERHIASAN YANG BERHARGA KE SEKOLAH

(f) Murid-murid adalah juga DITEGAH membawa BARANG-BARANG PERMAINAN KE SEKOLAH.



9. BANGUNAN SEKOLAH DAN PERKARA-PERKARA YANG BERHUBUNG DENGANNYA

9.1 Sekolah-sekolah Ugama adalah menggunakan bangunan-bangunan seperti berikut:-


(a) Bangunan sekolah-sekolah ugama khas (kekal) yang ditadbirkan oleh Jabatan Hal Ehwal Ugama (Sekarang Kementerian Hal Ehwal Ugama).

(b) Bangngunan sekolah-sekolah ugama sementara yang ditadbirkan oleh Jabatan Hal Ehwal Ugama.

(c) Bangunan sekolah-sekolah ugama sementara yang bukan ditadbirkan oleh Jabatan Hal Ehwal Ugama.

(d) Bangunan sekolah-sekolah yang ditadbirkan oleh Jabatan Pelajaran(Sekarang Kementerian Pendidikan - Sekolah Gunasama).


9.2 Dalam hal sekolah ugama ceraian (a), (b) dan (c) di atas pentadbiran adalah terletak sepenuhnya ditangan Guru-Guru Besar Ugama, termasuklah kesenunuhan, kebersihan dan keselamatan bangunan, kawasan, peralatan dan perkakas-perkakas sekolah dan lain-lain.

9.3 Jika terdapat sebarang kerosakkan pada bangunan atau peralatan dan perkakas-perkakas sekolah dalam ceraian (a), (b) dan (c) ini, maka Guru Besar sekolah yang berkenaan hendaklah melaporkan dengan segera akan perkara tersebut kepada Nazir Pentadbiran Kawasannya.



muka surat 11


9.4 Dalam hal sekolah-sekolah ugama ceraian (d), kuasa dan hak Guru-Guru Besar Ugama dan guru-guru penolongnya adalah terbatas kepada sebagaimana yang dipersyaratkan dalam kebenaran menggunakan sekolah tersebut. Untuk lebih jelas adalah diterangkan seperti berikut:-

(a) Penggunaan bangunan, kawasan bilik-bilik darjah serta peralatan dan perkakas sekolah adalah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam kebenaran tersebut atau mengikut batas-batas yang lazim terpakai berhubung dengan penggunaan bangunan sekolah yang berkenaan.

(b) Kesenunuhan, kebersihan dan keselamatan perkara-perkara yang disebutkan dalam ceraian (a) di atas adalah menjadi tanggung jawab Guru-Guru Besar Ugama dan juga guru-guru penolongnya untuk menjaganya dalam lengkongan masa persekolahan ugama.

(c) Lain-lain hak dan kewajipan yang berkaitan dengan penggunaan sekolah tersebut adalah menurut peraturan pihak yang mentadbirkan bangunan sekolah itu.

(d) Jika terdapat sebarang kerosakkan pada bangunan atau peralatan dan perkakas-perkakas sekolah tersebut dalam lengkongan masa persekolahan ugama maka Guru Besar Ugama hendaklah melaporkannya kepada pihak yang berkenaan.



10. BUKU-BUKU DAN BORANG-BORANG

10.1 Buku Persediaan Mengajar

(a) Setiap orang guru dibekalkan dengan sebuah BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR sebagai tempat menulis dan mencatit perkara-perkara yang berhubung dengan pelajaran yang diajarkan dalam setiap kali mengajar (period).

(b) PERSEDIAAN MENGAJAR hendaklah dibuat terlebih awal, iaitu sebelum masuk mengajar.

(c) Guru-guru adalah dikehendaki mengisi ruangan-ruangan yang disediakan dalam BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR itu dengan perkara-perkara dan keterangan-keterangan yang dikehendaki setelah mengkaji dengan mendalam kesesuaian dan faedahnya.


muka surat 12


(d) Persediaan mengajar hendaklah dibuat dengan berpandukan kepada jadual waktu, rancangan kerja dan sukatan pelajaran yang telah disediakan.


(e) Persediaan mengajar hendaklah ditulis dengan cermat, terang dan ejaan yang betul.

(f) Persediaan mengajar hendaklah ditulis dengan tulisan jawi kecuali ada arahan lain yang membolehkan ianya ditulis dengan tulisan rumi.

(g) Isi pelajaran hendaklah ditulis dengan ayat dan penerangan yang jelas serta tidak terlalu ringkas sehingga menghilangkan maksud. Hendaklah juga ditulis muka surat kitab, bilangan pelajaran, tajuk pelajaran dan yang seumpamanya.

(h) Guru Besar hendakhlah memeriksa dan mengesahkan Buku Persediaan Mengajar setiap orang guru penolongnya sebelum guru-guru itu masuk menajar.

(i) Buku Persediaan Mengajar hendaklah disifatkan sebagai kawan yang paling rapat semasa mengajar di mana ianya boleh menolong guru-guru mengajar dengan lancar dan berkesan.

(j) Buku Persediaan Mengajar hendaklah dijaga kebersihan dan keselamatannya.

(k) Jika seseorang guru diarahkan bertukar, Buku Persediaan Mengajarnya hendaklah diserahkannya kepada Guru Besar untuk diserahkan pula kepada guru yang akan menggantikannya.



10.2 Buku Perharian Guru Besar

(a) Setiap buah sekolah ugama dibekalkan dengan sebuah Buku Perharian Guru Besar.

(b) Guru Besar hendaklah menulis dan mencatit pada tiap-tiap hari persekolahan perkara-perkara atau kejadian-kejadian yang berlaku dalam sekolahnya. Catitan hendaklah ringkas, terang dan lengkap dengan menyebutkan tarikh dan masa berlakunya perkara yang dicatitkan itu.


muka surat 13



(c) Hanya Guru Besar sahaja yang berkuasa menulis dan mencatit dalam buku tersebut. Jika sekiranya Guru Besar itu tidak dapat mencatit disebabkan ada suatu perkara yang manasabah maka ia bolehlah mengarahkan guru kanan sekolah untuk menulis dan mencatit dalam buku itu bagi pihaknya.

(d) Guru Besar hendaklah menulis namanya dan seterusnya meletakkan tandatangannya diruang-ruang yang disediakan pada setiap kali ia membuat catitan.

(e) Tulisan dalam buku tersebut hendaklah dibuat dengan terang, cermat dan ejaan yang betul.

(f) Apa-apa yang ditulis dalam buku tersebut hendaklah disifatkan sebagai rahsia, dan oleh yang demikian buku itu hendaklah disimpan disuatu tempat yang selamat di sekolah yang berkenaan supaya tidak diketahui akan isi kandungannya melainkan oleh orang-orang diberikan kebenaran.

(g) Jika berlaku pertukaran Guru Besar maka Guru Besar yang lama hendaklah menyerahkan sendiri buku tersebut kepada Guru Besar yang akan menggantikannya.


10.3 Buku Simpanan Sekolah-Sekolah Ugama

(a) Guru Besar hendaklah mengisi ruangan-ruangan yang disediakan dalam buku tersebut dengan cermat dan betul.

(b) Apabila berlaku pertukaran Guru Besar, Guru Besar yang lama hendaklah menyerahkan buku tersebut kepada Guru Besar yang akan menggantikannya. Kedua-dua Guru Besar yang berkenaan hendaklah mempastikan bahawa jumlah dan perkiraan yang tercatit adalah betul.

(c) Selepas itu kedua-dua Guru Besar tersebut adalah dikehendaki meletakkan tandatangan mereka diruangan-ruangan yang disediakan sebagai tanda pengakuan penyerahan dan penerimaan mereka masing-masing.

(d) Pada setiap pertengahan dan akhir tahun Guru Besar hendaklah menyediakan perkiraan yang lengkap bagi buku tersebut untuk diperiksa oleh Nazir Pentadbiran Kawasan.

(e) Kebersihan dan keselamatan buku ini adalah tanggungjawab Guru Besar.



muka surat 14


10.4 Buku Penyata Harian

(a) Semua guru (termasuk Guru Besar) adalah dikehendaki mencatit bilangan, nama mereka masing-masing dan jam mereka hadir ke sekolah diruangan-ruangan yang disediakan. Catitan hendaklah dibuat secara berlari iaitu dalam erti kata siapa hadir dahulu dia mencatit terlebih dahulu dibaris paling atas dan seterusnya.

(b) Catitan jam hadir hendaklah betul serta menepati waktu yang sebenarnya. Adalah menjadi kesalahan kepada guru-guru mencatit waktu hadir yang tidak betul. Dan Guru Besar hendaklah mempastikan serta mengawasi akan perkara ini.

(c) Ruangan-ruangan kedatangan murid-murid hendaklah diisikan oleh Guru Besar dengan lengkap sebagaimana yang dikehendaki. Begitu juga lain-lain ruangan, termasuklah ruangan "lain-lain kenyataan jika ada", dalam Guru Besar dikehendaki mencatitkan perkara-perkara yang sesuai untuk dicatit yang berlaku pada hari yang berkenaan.

(d) Setelah semua catitan dibuat dengan lengkap, Guru Besar hendaklah meletakkan tandatangannya diruangan yang disediakan.

(e) Keselamatan dan kebersihan buku ini adalah tanggung jawab Guru Besar.


10.5 Buku Penyata Kemajuan Murid-Murid

(a) Bagi setiap orang murid yang belajar di sekolah ugama diperuntukan sebuah Buku Penyata Kemajuan.

(b) Guru-guru darjah hendaklah mengisi buku tersebut dengan apa-apa yang dikehendaki.

(c) Setiap tulisan dan catitan hendaklah dibuat dengan cermat dan teliti.

(d) Guru Besar hendaklah menyemak penyata tersebut dengan teliti sebelum menanda tanganinya.

(e) Setelah penyata itu ditandatangani oleh guru darjah dan Guru Besar, hendaklah diedarkan kepada murid-murid untuk diserahkan kepada penjaga mereka masing-masing.


muka surat 15



(f) Penjaga-penjaga adalah dikehendaki memeriksa penyata tersebut bagi mengetahui kemajuan pelajaran anak-anak mereka dan kemudian meletakkan tandatangan atau cop jari diruangan yang disediakan.

(g) Guru-guru darjah hendaklah memberi ingat kepada murid-murid supaya menjaga penyata tersebut dengan cermat semasa berada dalam tangan mereka.

(h) Guru-guru darjah juga hendaklah mengingatkan murid-murid supaya mengembalikan buku tersebut ke sekolah dalam tempoh satu minggu daripada tarikh mereka menerimanya.

(i) Keselamatan dan kebersihan buku-buku tersebut (selain daripada waktu-waktu yang disebutkan dalam ceraian (g) dan (h) di atas) adalah menjadi tanggung jawab guru-guru darjah.


10.6 Buku Daftar Kedatangan Murid-Murid

(a) Guru-guru darjah bertanggungjawab mencatitkan kehadiran murid-murid pada setiap hari persekolahan dibuku tersebut.

(b) Catitan hendaklah dibuat dengan tanda-tanda berikut:-
i) Murid-murid yang hadir = (I).
ii) Murid-murid yang tidak hadir = (0).
iii) Murid-murid yang datang lambat = (Ù„).
iv) Murid-murid yang sakit = (س).

(c) Murid-murid yang datang lambat kurang daripada satu jam daripada waktu persekolahan dimulakan adalah dikira hadir dan dicatit dengan tanda ( Ù„ ). Murid-murid yang datang lambat satu jam atau lebih daripada waktu persekolahan dimulakan adalah dikira tidak hadir dan dicatit tanda (0), kecuali kelambatan tersebut benar-benar mempunyai sebab yang kuat serta patut diberikan pertimbangan, yang menjadikan murid yang berkenaan dikira hadir dan dicatit dengan tanda ( Ù„ ).

(d) Mana-mana murid yang datang lambat atau balik awal hendaklah dicatitkan dalam ruangan khas.



muka surat 16


(e) Hari-hari cuti sekolah (bukan hari Jumaat dan Ahad) hendaklah ditandakan dengan satu garisan lurus sepanjang ruangan-ruangan yang disediakan bagi hari-hari tersebut. Jika cuti itu panjang maka hendaklah ditulis perkataan "cuti" melintingi ruangan yang disediakan bagi hari-hari berkenaan.


(f) Semua tulisan dan tanda hendaklah dibuat dengan dakwat.

(g) Tulisan dan tanda-tanda hendaklah dibuat secara terus dalam buku tersebut. Dalam erti kata tidaklah payah ditulis terlebih dahulu dalam kertas lain kemudian disalin ke dalam buku itu, supaya kelihatan bersih dan teratur.

(h) Lain-lain ruangan dalam buku tersebut hendaklah diisikan sebagaimana yang dikehendaki, termasuklah dimuka luar kulit hadapan dan juga dimuka dalam kulit belakang.

(i) Apa-apa yang tersalah tulis hendaklah jangan dipadam atau dibetulkan ditempat yang sama, tetapi pembetulannya bolehlah dicatitkan disebelah bawah muka surat yang berkenaan.

(j) Nama murid-murid yang tertulis dalam daftar pada penghujung bulan lepas hendaklah ditulis dan salin dalam daftar bagi bulan berikutnya, kecuali murid-murid yang telah berhenti sekolah dan telah diberikan surat berhenti.

(k) Dalam ruangan "kehadiran murid-murid hitung panjang dalam sehari" hendaklah dicatitkan jumlah kedatangan yang sebenarnya bagi semua murid pada semua hari persekolahan dibahagi dengan jumlah semua hari persekolahan. Jika baki daripada hasil bahagi itu lebih daripada separuh maka baki tersebut hendaklah digenapkan menjadi satu dan dicampurkan kepada hasil bahagi yang didapati.

(l) Dalam ruangan "ramai murid-murid hitung panjang dalam sehari" hendaklah dicatitkan jumlah kedatangan yang sepatutnya bagi semua murid pada semua hari persekolahan dibahagi dengan jumlah semua hari persekolahan. Jika baki daripada hasil bahagi itu lebih daripada separuh maka baki tersebut hendaklah digenapkan menjadi satu dan dicampurkan kepada hasil bahagi yang didapati.


muka surat 17


(m) Keselamatan dan kebersihan buku ini adalah tanggung jawab guru darjah.


10.7 Buku Rekod Keterangan Murid-Murid

(a) Buku ini hendaklah diisikan dengan keterangan-keterangan yang dikehendaki berhubung dengan setiap orang murid yang memasuki sekolah yang berkenaan.

(b) Segala keterangan hendaklah ditulis dengan terang dan bersih.

(c) Tugas mengisi buku ini adalah tanggung jawab Guru Besar. Walau bagaimana pun Guru Besar bolehlah mengarahkan salah seorang guru penolongnya untuk menjalankan tugas tersebut bagi pihaknya.

(d) Keselamatan dan kebersihan buku ini adalah tanggung jawab Guru Besar.


10.8 Surat Akuan Berhenti

(a) Jika seorang murid hendak berhenti sekolah penjaganya hendaklah membuat permohonan kepada Guru Besar.

(b) Setelah menerima surat permohonan itu Guru Besar hendaklah mengisi ruangan-ruangan yang terdapat dalam Surat Akuan Berhenti yang disediakan dengan keterangan-keterangan yang dikehendaki mengenai diri murid yang hendak berhenti itu.

(c) Setelah Guru Besar meletakan tandatangannya diruangan yang disediakan, surat akuan tersebut bolehlah diberikan kepada murid yang berkenaan bagi mengesahkan keberhentiannya.


10.9 Borang Penyata Bulanan Sekolah

(a) Borang Penyata Bulanan Sekolah hendaklah diisikan dengan lengkap dan betul oleh Guru Besar dengan keterangan-keterangan yang dikehendaki.

(b) Borang tersebut hendaklah diisikan dalam tiga salinan, satu salinan untuk disimpan di sekolah dan dua salinan untuk diserahkan kepada Nazir Pentadbiran Kawasan.

(c) Guru Besar hendaklah mempastikan bahawa semua keterangan diletakkan dalam ruangan yang betul.


muka surat 18


(d) Guru Besar hendaklah menyemak beberapa kali segala keterangan yang telah ditulis dalam borang tersebut bagi mempastikan bahawa semua keterangan itu adalah betul.

(e) Segala keterangan hendaklah ditulis dengan terang dan bersih.

(f) Setelah mempastikan segala-galanya adalah betul Guru Besar hendaklah meletakkan tandatangannya diruangan yang disediakan.

(g) Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada Nazir Pentadbiran Kawasan tidak lewat daripada 7hb pada tiap-tiap bulan masehi, dan Nazir Pentadbiran Kawasan hendaklah menyerahkannya kepada Ketua Pegawai Pelajaran Ugama tidak lewat daripada 15hb. pada tiap-tiap bulan mesahi.


10.10 Borang Mengeluarkan Barang-Barang dan Borang Memohon Kitab-Kitab dan Alatan Mengajar

(a) Guru Besar adalah dikehendaki mengisi borang-borang tersebut bagi mendapatkan barang-barang atau buku-buku dan alatan-alatan mengajar yang diperlukan di Sekolahnya.

(b) Borang-borang tersebut hendaklah diisikan sebanyak tiga salinan.

(c) Jumlah barang-barangan atau kitab-kitab dan alatan-alatan mengajar hendaklah sesuai dengan kehendak sebenarnya bagi tahun yang dipohonkan.

(d) Setelah diisikan dengan lengkap, borang tersebut hendaklah dihadapkan kepada Nazir Pentadbiran Kawasan dan seterusnya kepada Ketua Pegawai Pelajaran Ugama untuk pengesahan. Setelah borang itu disahkan, barang-barang yang dikehendaki bolehlah dikeluarkan sama ada oleh Guru Besar itu sendiri atau wakilnya, ataupun melalui Nazir Pentadbiran Kawasan.


11. KANTIN

Guru-Guru Besar hendaklah mengawasi perlaksanaan dan perjalanan perkara-perkara berikut:-

11.1 Pemborong dikehendaki mengadakan perkakas-perkakas dapor yang perlu seperti: peti sejuk (refrigerator), pisau, sudu, garfu, pinggan, mangkok dan perkakas-perkakas minuman dari jenis yang sesuai.

11.2 Semua makanan dan minuman atau jualan yang lain-lain mestilah jenis yang halal disisi Ugama Islam. Oleh yang demikian pemborong hendaklah menyediakan senarai makanan dan minuman yang hendak dijual itu dan menghadapkan kepada Guru Besar untuk pengesahannya.


muka surat 19


11.3 Pemborong-pemborong dibenarkan menjual barang-barang seperti peralatan-peralatan persekolahan atau lain-lain selagi tidak bertentangan dengan Ugama Islam atau peraturan sekolah.

11.4 Pemborong hendaklah menjual barang-barang dagangannya dengan harga yang berpatutan.

11.5 Pemborong tidak dibenarkan menyewakan kantin ini kepada orang lain tetapi mestilah menguruskan perkhidmatannya sendiri.

11.6 Pemborong hendaklah membayar sewa pendahuluan selama tiga (3) bulan kehadapan dari tarikh menandatangani perjanjian ini. Pembayaran-pembayaran bulanan hendaklah dibuat pada tiap-tiap awal akan dikira sepanjang tahun (12 bulan) termasuk cuti-cuti persekolahan.

11.7 Pembayaran sewa hendaklah diserahkan kepada Guru Besar Sekolah Ugama (petang) yang akan menyerahkan kepada Nazir Sekolah-Sekolah Ugama untuk diserahkan kepada Kerani Tingkat 1 (kewangan) Jabatan Hal Ehwal Ugama. Jika bayaran yang disebutkan di atas tidak dapat dijelaskan setelah diberitahu secara bersurat dalam tempuh tiga (3) bulan berturut-turut, maka perkhidmatan kantin akan dibatalkan dengan sertamerta tanpa notis dan wang pendahuluan tidak akan dikembalikan.

11.8 Kantin ini adalah dibuka kepada murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah yang berkenaan sahaja dan tidaklah dibuka kepada orang ramai, kecuali orang ramai yang menghadiri sebarang majlis atau keramaian yang diadakan di sekolah ini sahaja.

11.9 Kantin hendaklah dibuka menurut masa-masa yang diputuskan diantara Guru Besar dengan pemborong dari masa kesemasa.

11.10 Pemborong hendaklah menyediakan kakitangan yang mencukupi bagi menjalankan perkhidmatan kantin ini.

11.11 Dalam tempuh kantin tersebut digunakan maka segala kerosakkan seperti bilik, kerusi, meja dan lain-lain kepunyaan kantin, hendaklah pihak pemborong tersebut bertanggungjawab mengganti kehilangan atau membaiki kerosakkan-kerosakkan jika ada.

11.12 Pemborong adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan kantin dan perkakas-perkakasnya.

11.13 Pemborong dan pekerja-pekerja hendaklah terlebih dahulu mendapat surat pengakuan daripada doktor yang menyatakan bahawa mereka adalah sihat untuk mengusahakan kantin yang berkenaan.


muka surat 20


11.14 Sekiranya pemborong didapati dan sabit melanggar mana-mana syarat yang disebutkan di atas sebanyak dua kali setelah diberi amaran secara bertulis maka perjanjian ini akan dibatalkan dengan sertamerta.


12. YURAN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA

12.1 Tujuan

(a) Tujuan pengutipan yuran sekolah adalah bagi digunakan untuk perbelanjaan runcit yang mustahak bagi kegiatan-kegiatan sekolah.


12.2 Kuasa

(a) Guru Besar adalah diberi kuasa memungut yuran dengan kadar sebanyak $2.00 bagi seorang murid dalam setahun.


12.3 Cara-Cara Pungutan Yuran

(a) Pungutan yuran hendaklah dijalankan pada bulan Januari setiap tahun.

(b) Pungutan akan diadakan pada tiap-tiap awal tahun persekolahan pada hari-hari yang akan ditentukan oleh Guru Besar Sekolah-Sekolah Ugama masing-masing.

(c) Guru darjah hendaklah menyediakan satu buku kira-kira bagi kutipan yuran dalam darjahnya pada tiap-tiap tahun.

(d) Guru darjah hendaklah menyerahkan pungutan bagi darjahnya kepada Guru Besar sekolahnya tidak lewat daripada pukul 10.00 pagi bagi sekolah ugama pagi dan pukul 4.00 petang bagi sekolah ugama petang pada hari-hari pungutan yang ditentukan itu.

(e) Guru Besar sekolah hendaklah menyediakan satu buku kira-kira lain yang menunjukkan jumlah pungutan yuran.


12.4 Penyimpan Wang

(a) Wang hendaklah disimpan oleh Guru Besar sekolah dalam sebuah bank yang disetujui oleh Nazir Sekolah-Sekolah Ugama daerahnya atau nama sekolah.

(b) Guru Besar sekolah boleh menyimpan wang ditangannya tidak lebih dari $50.00 bagi kegunaan runcit.


12.5 Membelanjakan Wang

(a) Guru Besar sekolah bolehlah membelanjakan wang pungutan itu atas apa-apa perkara yang mustahak berkenaan dengan kegiatan sekolah dengan syarat perbelanjaan itu tidak lebih dari $50.00.


muka surat 21


(b) Jika perbelanjaan itu lebih dari $50.00 Guru Besar sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Nazir Sekolah-Sekolah Ugama daerahnya.

(c) Keterangan-keterangan resit perbelanjaan hendaklah dinyatakan dengan betul dalam buku kira-kira simpanan.


12.6 Kunci Kira-Kira

(a) Diakhir tiap-tiap bulan hendaklah dibuat kunci kira-kira wang masuk dan wang keluar.

(b) Guru Besar sekolah hendaklah melantik dua orang guru menjadi pemeriksa kira-kira wang simpanan itu.

(c) Kunci kira-kira bolehlah diperiksa oleh nazir atau pegawai-pegawai dari bahagian Pelajaran Ugama pada bila-bila masa mereka melawat sebagai salah satu tujuan lawatan.

(d) Kunci kira-kira hendaklah ditutup pada 15hb Disember pada tiap-tiap tahun dan disahkan oleh Guru Besar sekolah bersama dengan pemeriksa kira-kira.

(e) Satu salinan yang sah dari kunci kira-kira itu hendaklah dihantar kepada Nazir Sekolah-Sekolah Ugama daerahnya dan satu lagi salinan kepada Ketua Pegawai Pelajaran Ugama, Brunei.


12.7 Peringatan:
Untuk lebih jelas sila rujuk Peraturan Yuran Sekolah-Sekolah Ugama Rendah Negeri Brunei Tahun 1982.


13. ADUAN ORANG RAMAI

13.1 Sebarang aduan atau sungutan orang ramai yang sampai kepada Guru Besar berhubung dengan persekolahan ugama, sama ada yang berhubung dengan pelajaran, murid-murid, guru-guru atau lain-lain, hendaklah diusahakan penyelasaiannya oleh guru Besar tersebut. Jika perkara yang menjadi punca aduan atau sungutan itu tidak diselesaikan oleh Guru Besar maka ianya hendaklah dihadapkan kepada Nazir Pentadbiran Kawasan dan seterusnya kepada pegawai-pegawai bahagian Pelajaran Ugama yang bewajipan menyelesaikan perkara tersebut.


muka surat 22


14. KELAS DEWASA UGAMA

14.1 Guru-guru yang disarahkan mengajar Kelas-Kelas Dewasa Ugama adalah juga dikenakan kuatkuasa mana-mana bahagian yang berkenaan daripada panduan peraturan ini, dan sebarang tindakan boleh dijalankan di bawah kuat kuasa tersebut.


15. KESALAHAN YANG BOLEH DIAMBIL TINDAKAN

15.1 Diantara kelakuan-kelakuan yang disifatkan sebagai kesalahan besar yang boleh diambil tindakan tatatertib terhadap guru-guru yang melakukannya ialah:-

(a) Tidak menjalankan tugas sebagaimana yang diarahkan.


(b) Lambat datang, tidak hadir bertugas atau balik sebelum waktunya tanpa kebernaran atau sebab yang manasabah.

(c) Terlibat dalam perkelahian atau pergaduhan di sekolah.

(d) Memakai pakaian yang tidak sesuai semasa bertugas di sekolah atau di luar sekolah.

(e) Membantah arahan Guru Besar, Nazir Pentadbiran Kawasan atau pembantunya, Nazir-Nazir Lawatan, pegawai-pegawai bahagian Pelajaran Ugama atau lain-lain pegawai yang menjadi ketua kepada guru-guru ugama.

(f) Melanggar peraturan-peraturan 'am Kerajaan.

(g) Didapati sabit bersalah dan dihukum oleh Mahkamah Kadi atau oleh Mahkamah Sivil kerana kesalahan-kesalahan jenayah.


16. TINDAKAN TATATERTIB YANG BOLEH DILAKUKAN

16.1 Guru ugama yang melakukan mana-mana kesalahan di atas boleh diambil tindakah berikut:-

(a) Diberikan amaran mulut atau bertulis.

(b) Dipotong atau ditahan kenaikan gaji.

(c) Diturunkan, ditahan atau ditangguhkan kenaikan pangkat.

(d) Digantung atau dibuang kerja.


muka surat 23


17. PELAWAT

17.1 Jika ada pelawat datang ke sekolah, sama ada Nazir atau lainnya, Guru Besar hendaklah memberikan sambutan dan layanan yang baik serta sesuai dengan kedudukan pelawat tersebut.

17.2 Guru Besar hendaklah menyediakan dan menunjukkan semua buku yang patut diperiksa oleh pelawat itu.

17.3 Guru Besar hendaklah menyediakan Buku Lawatan untuk catitan pelawat-pelawat tersebut. Sebarang catitan yang dibuat oleh pelawat hendaklah disalin dikertas lain dan dihantar kepada Nazir Pentadbiran Kawasan.

17.4 Jika pelawat itu masuk melawat bilik darjah guru-guru darjah hendaklah mengalu-alukan serta mempastikan semua murid-murid berdiri dan memberi salam kepada pelawat tersebut.

17.5 Guru darjah juga hendaklah menyedaikan buku-buku yang patut diperiksa oleh pelawat itu serta bersedia menjawab pertanyaan-pertanyaan yang diajukan kepadanya.

17.6 Jika pelawat itu mengarahkan guru darjah untuk meneruskanpengajarannya maka ia hendaklah berbuat demikian.

17.7 Apabila pelawat itu hendak meninggalkan sekolah Guru Besar hendaklah menghantarnya sehingga satu tempat yang difikirkan sesuai. Jika pelawat itu menulak Guru Besar bolehlah meneruskan kerja-kerjanya.


18. PERKARA BERBANGKIT DAN PENAFSIRAN

18.1 Jika berlakunya sebarang kewahaman atau perselisihan mengenai maksud mana-mana bahagian atau ceraian daripada panduan dan peraturan ini, atau sebarang perkara yang berbangkit yang tidak disebutkan dalam panduan dan peraturan ini hendaklah dirujukkan kepada Ketua Pegawai Pelajaran Ugama, yang seterusnya jika perlu akan merujukkan perkara tersebut kepada Pengetua Pegawai Hal Ehwal Ugama.

muka surat 24

Sabtu, 1 Ogos 2009

SEKOLAH UGAMA (BANGUNAN KEKAL)

Brunei II 1. Sekolah Ugama Pengiran Muda Abdul Azim, Serasa, Muara Brunei II (Tel: 2771089/2770489) GB: Ak Mohd Jamalul Alam Shah bin Pg Hj Timbang (PP) 2. Sekolah Ugama Tanah Jambu Brunei II (Tel: 2793743) GB: Hjh Masni binti Hj Bungsu (GUT) 3. Sekolah Ugama Batu Marang Brunei II (Tel: 2791314) GB: Zahrah bt Hj Mohd Hussain (GUT) 4. Sekolah Ugama Sungai Besar Brunei II (Tel: 2786831) GB: Hj Zaini binti Haji Muhammad (PP) 5. Sekolah Ugama Salambigar Brunei II pagi/petang (Tel: 2337109) GB: Hajah Sarimah binti Haji Bakir (PP) 6. Sekolah Ugama PAP Azeemah Nikmatul Bolkiah Mentiri Brunei II pagi/petang (Tel: 2792314) GB: Hjh Siti Fatimah bt Hj Hamid (PP) 7. Sekolah Ugama Lambak Kanan Brunei II pagi/petang (Tel: 2331750) GB: Dk Hjh Jurinah bt Pg Hj Sabtu (PPU) 8. Sekolah Ugama PAP Mutawakillah Hayatul Bolkiah Serusop Brunei II pagi/petang (Tel: ) GB: Hjh Normah bt Mohd Daud (PP) 9. Sekolah Ugama PAP Hafizah Sururul Bolqiah Berakas Perpindahan Berakas Brunei II pagi/petang (Tel: 2333426/2333427) GB: Hjh Apah bt Haji Sabtu (PP)

SEKOLAH UGAMA (BANGUNAN SEMENTARA)

Brunei II

1. Sekolah Ugama Lambak Jalan Bedil Brunei II pagi/petang (tel: 2392824)
GB: Hjh Mariati binti Haji Omar (PP)

2. Sekolah Ugama Madang Brunei II pagi/petang (tel: 2330557)
GB: Hj Mohd Wizani bin Haji Mohd Ali (PP)

SEKOLAH UGAMA GUNASAMA (BANGUNAN SWASTA)

Brunei II

1. Sekolah Ugama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Brunei II (tel: 2380750)
GB: Suherdey bin Serbini (PP)

SEKOLAH UGAMA GUNASAMA BANGUNAN SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Brunei II 1. Sekolah Ugama PAP Hjh Masna Lambak Brunei II (tidak ada telefon) GB: Hjh Noriah bt Hj Mohd Daud (PP) 2. Sekolah Ugama Sultan Sharif Ali Salambigar Brunei II (tel:2336724 /2336671) GB: Hjh Safiah bt Hj Jair (GUT) 3. Sekolah Ugama Sayyidina Abu Bakar (Baru Buka 5 April 2010) GB: Haji Johar bin Haji Jumat (PP)

SEKOLAH UGAMA GUNASAMA BANGUNAN SEKOLAH RENDAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Kawasan Brunei II 1. Sekolah Ugama Anggerek Desa Brunei II (tel: 2330084) GB: Hajah Salamah bt Hj Mat Zain (PP) 2. Sekolah Ugama Delima Satu Brunei II (tel: tidak ada) GB: Dk Hjh Jauyah bt Pg Hj Md Daud (PP) 3. Sekolah Ugama Pulaie Brunei II (tel: 2330528) GB: Hjh Ajijah bt Hj Abas (PP) 4. Sekolah Ugama Amar Pahlawan Brunei II (tel: 2333563) GB: Mohd Yassin bin Haji Mohd Yussof (PP) 5. Sekolah Ugama Dato Mahawangsa Lambak Brunei II (tel: tidak ada) GB: Hjh Siti Rauyah bt Hj Ibrahim (PP) 6. Sekolah Ugama Dato Othman Lambak Kiri Brunei II (tel: tidak ada) GB: Hjh Jamaliah binti Haji Yassin (PP) 7. Sekolah Ugama Pantai Berakas Brunei II (tel: 2394102) GB: Sintan bt Hj Nordin (GUTTK) 8. Sekolah Ugama Berakas Garissen Brunei II (tel: 2392111 ext 422) GB: Hjh Asmah bt Hj Lampoh (GUT) 9. Sekolah Ugama Dato Basir Lambak Kanan Brunei II (tel: tidak ada) GB: Hjh Suraya bt Hj Salim (GUTTK) 10. Sekolah Ugama Haji Md Salleh Sungai Hanching Brunei II (tel: tidak ada) GB: Dk Rafidah Pg Hj Metahir (PP) 11. Sekolah Ugama Kapok Brunei II (tel: 2773965) GB: Rosnah bt Abd Karim (PP) 12. Sekolah Ugama Tentera Laut Diraja Brunei Muara Brunei II (tel: 2772055) GB: Haji Hasbi bin Haji Hamidon (GUT) 13. Sekolah Ugama Sultan Umar Ali Saifuddin Muara Brunei II (tel: tidak ada) GB: Haji Hasnan bin Haji Ahmad (GUTTK) 14. Sekolah Ugama Dato Mohd Yassin Mentiri Brunei II (tel: 2793435) GB: Khairul @ Mohd Zakwan bin Haji Julay (PP) 15. Sekolah Ugama Orang Kaya Besar Imas Subok Brunei II (tel: 2261015) GB: Mariam bt Majid (GUTTK) 16. Sekolah Ugama Lambak Kanan Jalan 49 Brunei II (tel: 2332750) GB: Hidzam bin Haji Hashim (GUT Diploma)

SEKOLAH RENDAH (SATU MATA PELAJARAN)

Kawasan Brunei II 1. Sekolah Rendah Berakas Garisson Brunei II (Berakas Kem) KGU: Abd Hassan bin Hj Angkis (GUT) 2. Sekolah Rendah Haji Md Salleh Sg Hanching Brunei II KGU: Asnah bt Musa (GUT) 3. Sekolah Rendah Tanah Jambu Brunei II KGU: Hjh Safiah bt Hj Ruslie (GUT) 4. Sekolah Rendah Pulaie Brunei II KGU: Aisah bt Minah (KGU) 5. Sekolah Rendah Batu Marang Brunei II KGU: Ampunan Kamarul Zaman bin DP Hj Sabtu (GUT) 6. Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei Muara Brunei II KGU: Hj Shahrin bin Hj Mohd Yusof (GUT) 7. Sekolah Rendah Pantai Berakas (Berakas Kem) Brunei II KGU: Othman bin Ali Khan (GUT) 8. Sekolah Rendah Dato Othman Lambak Kiri Brunei II KGU: Tuty Irwanty binti Mohd Eddy Erpiyan (PP) 9. Sekolah Rendah Amar Pahlawan (Kpg Burong Pinggai Perpindahan Berakas) Brunei II KGU: Pg Hj Kamaluddin bin Pg Hj Md Yusof (GUT) 10. Sekolah Rendah Anggerek Desa Brunei II KGU: Norol Hairolzinah bt Hj Md Tahir (GUT) 11. Sekolah Rendah Dato Mahawangsa Lambak (Kampong Lambak) Brunei II KGU: Dk Hjh Noor Azalinah bt Pg Hj Razali (PP) 12. Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas Kampong Subok Brunei II KGU: Dk Mariam binti Pg Haji Puan(GUT) 13. Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin Mentiri Brunei II KGU: Hjh Sabariah bt Hj Masri (GUT) 14. Sekolah Rendah Mentiri Brunei II KGU: Muhammad bin Haji Tahir (GUT) 15. Sekolah Rendah Sultan Umar Ali Saifuddin Muara (SUAS) Brunei II KGU: Md Zulfadli bin Hj Metussin (GUT) 16. Sekolah Rendah Kapok Brunei II KGU: Dyg Haliza binti Bujang (PP) 17. Sekolah Rendah Dato Basir Lambak Kanan Brunei II KGU: Mesheidi bin Haji Damit (GUT) 18. Sekolah Rendah Serasa Muara Brunei II KGU: Haji Reduan bin Haji Bahar (GUT) 19. Sekolah Rendah Sultan Abd Bubin Sg Besar Brunei II KGU: Junah bt Abdullah (GUT) 20. Sekolah Rendah Dato Marsal (Perpindahan Lambak Kanan) Brunei II KGU: Rozimin bin Hj Abd Rahim (PP) 21. Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49 Brunei II KGU: Kassim bin Bujang (GUT) 22. Sekolah Rendah Delima Satu Brunei II KGU: Ak Hj Md Shamsul Rezal bin Pg Hj Ahmad (PP)

SEKOLAH RENDAH SWASTA

Kawasan Brunei II 1. Sekolah Rendah Bakti Dewa KGU: Hjh Royah bt Hj Othman (GUT) 2. Sekolah Rendah Cemerlang Abejess (SECA) KGU: Hjh Tikah bt Hj Abd Rahman (GUT) 3. Sekolah Rendah DES (Delivering Education & Servisers For A Better Future) KGU: Sufri bin Haji Kalong (GUT) 4. Sekolah Rendah Tunas Jaya PGGMB Lambak Kanan petang KGU: Hjh Rokiah binti Haji Ludin (GUT) 5. Sekolah Rendah Tunas Jaya PGGMB Lambak Kanan pagi KGU: Fatimah binti Bahar (GUT) 6. Sekolah Rendah Tunas Jaya PGGMB Madang KGU: Hjh Rostina binti Haji Sulaiman (GUT) 7. Sekolah Rendah Tunas Jaya PGGMB Sungai Akar KGU: Hjh Rosni binti Haji Chuchu (GUTTK) 8. Taman Asuhan Kanak-Kanak Sultan Umar Ali Saifuddin Muara KGU: Noryasimah bt Md Yassin (GUT) 9. Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah KGU: Hjh Nir Isma Wati @ Yati bt Hj Omar (PP) 10. Sekolah Rendah Syamde Bright KGU: Hjh Rosni binti Haji Chuchu (GUT) 11. Sekolah Rendah Taman Asuhan Stella pagi KGU: Hjh Rosnah bt Hj Mohammad (GUT) 12. Sekolah Rendah Taman Asuhan Stella petang KGU: Hjh Samaniah binti Haji Osman (GUT) 13. Sekolah Rendah River Side Sungai Matan KGU: Dk Norasyikin binti Pg Hj Besar (GUT) 14. Sekolah Rendah Jig Saw KGU: Hjh Arni bt Hj Nayan (GUT) 15. Sekolah Rendah Tadika Jaya Datin Malai Hjh Rogayah KGU: Norsiah bt Jaafar (GUT) 16. Sekolah Rendah Tadika Jaya Faridah Radin (Mustadim) KGU: Hjh Rapiah bt Hj Masri (GUT) 17. Sekolah Rendah Tunas Cemerlang KGU: Hjh Tikah bt Hj Abd Rahman (GUT) 18. Sekolah Rendah Learning Tree KGU: Zailani bin Haji Tali (GUT) 19. Sekolah Rendah Syamde Bright Kid KGU: Daiah bt Rabaha (GUT) 20. Sekolah Rendah Tinker Bell Salambigar KGU: Hjh Sunah bt Hj Sahari (GUT) 21. Sekolah Rendah Tangga Gemilang KGU: Dk Norhaslinah bt Pg Hj Ahmad (GUT) 22. Sekolah Rendah Nusa Laila Putri Berakas pagi KGU: Dk Hjh Mariani bt Pg Abd Razak (GUT) 23. Sekolah Rendah Nusa Laila Putri Berakas petang KGU: Mohidin bin Haji Momin (GUT) 24. Sekolah Rendah Nusa Laila Putri Sungai Buloh pagi KGU: Jarinah bt Abdullah (GUT) 23. Sekolah Rendah Laila Putri Sungai Buloh petang KGU: Zaidatul Rahmah bt Hj Zulkifli (GUT)