Rabu, 3 November 2010

Contoh Kertas Cadangan

KURSUS SINGKAT TATACARA PENULISAN SURAT–MENYURAT RASMI 1. PENGENALAN : Kursus ini adalah termasuk dalam perancangan tahunan Badan Perkembangan Staf, Ahli JawatanKuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei II. Kursus ini akan membantu pemimpin-pemimpin sekolah khasnya Guru-Guru besar dan Ketua-Ketua guru meningkatkan kemahiran dalam menyediakan berbagai jenis Surat-Menyurat Rasmi seperti Surat Keliling, Surat Pemberitahuan, Surat Arahan , Surat Makluman, Permohonan antara Jabatan atau Kementerian , Memorandum, Minit dan sebagainya. 2. OBJEKTIF: Di akhir kursus ini, peserta-peserta kursus dapat : · Mengenali format dan struktur Surat-Menyurat Rasmi yang betul. · Menyediakan berbagai jenis Surat-Menyurat Rasmi. · Mengetahui teknik-teknik penulisan Surat-Menyurat Rasmi yang bersistematik. · Meningkatkan kemahiran penulisan Surat-Menyurat Rasmi. · Menyelenggara satu saluran komunikasi di antara dua pihak. · Memelihara satu rekod tetap atau kekal mengenai komunikasi . · Menyampai maklumat , mengaju pertanyaan, memohon sesuatu perkara dan sebagainya dengan lebih berkesan. 3. ISI KURSUS : · Definisi, fungsi, tujuan dan jenis-jenis Surat-Menyurat Rasmi. · Format penulisan Surat-Menyurat Rasmi. · Kaedah menulis. · Tatacara perhubungan Surat-Menyurat Rasmi dalam sistem berkementerian. · Terasul (Panggilan) dalam Surat-Menyurat Rasmi. · Bentuk-bentuk kesalahan dalam Surat-Menyurat Rasmi · Latihan amali atau praktikal membuat Surat-Menyurat Rasmi. 4. SASARAN : Terdiri daripada Guru-guru besar dan ketua-ketua guru Kawasan Brunei II , iaitu seramai 78 orang (Lihat Lampiran A). Selain peserta kursus turut dijemput, Pengawai Pengajian Kawasan Brunei II, Pembantu Pengawai Pengajian Kawasan Brunei II dan dua orang daripada Unit Kajian, Latihan dan Dermasiswa, Jabatan Pengajian Islam. Jumlah keseluruhan adalah 82 orang, termasuk seorang Fasilitator. 5. FASILITATOR : · Cikgu Moksin bin Hj. Durahim (Mantan Pegawai Bahasa Kanan) atau · Orang yang berkelayakan untuk menyampaian tajuk kursus di atas. 6. JANGKA MASA : 3 hari 7. MASA : · 3, 4 dan 6hb. November, 2010 (Rabu, Khamis dan Sabtu) atau · 6, 8 dan 9hb. November, 2010 (Sabtu, Isnin dan Selasa). 8. TEMPAT : · Sekolah Ugama Lambak Kanan atau · Sekolah Ugama PAP HSB Serusop 9. PERUNTUKAN : Jamuan untuk peserta kursus dan jemputan bagi jangkamasa 3 hari, seperti berikut : BIL. HARI KURSUS HARGA JUMLAH 1 Hari Pertama : 3 Nov 2010 / 6 Nov 2010 $2.50 x 80 Orang $200.00 2 Hari Pertama : 4 Nov 2010 / 8 Nov 2010 $2.50 x 80 Orang $200.00 3 Hari Pertama : 6 Nov 2010 / 9 Nov 2010 $2.50 x 80 Orang $200.00 JUMLAH KESELURUHAN $600.00 10. KESIMPULAN : Kursus Singkat Tatacara Penulisan Surat-Menyurat Rasmi ini nanti diharapkan akan dapat meningkatkan lagi kualiti dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran Ahli Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei II. Di samping itu guru-guru besar dan ketua-ketua guru diharapkan akan dapat menyalurkan dapatan kursus kepada warga sekolah khasnya kepada pegawai dan guru-guru di sekolah masing-masing. Di sediakan Oleh : HAJAH MARIATI BINTI HAJI OMAR Penolong Ketua Badan Perkembangan Staf AJKPSSU Kawasan Brunei II / PMK. Guru Besar Su. Lambak Jalan Bedil