Khamis, 7 April 2011

borang



Borang permohonan keluar negeri di tandatangani oleh gb/kgu, Borang Elaun Perjalanan Tetap Hitung Kilometer, Borang Kemasukan Ke Sekolah Ugama

BORANG PERMOHONAN KELUAR NEGERI YG DI TANDATANGANI OLEH GURU BESAR / KETUA GURU UGAMA

BORANG ELAUN PERJALANAN TETAP HITUNG KILOMETER



BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH UGAMA




Borang permohonan Keluar Negeri di tandatangani oleh PPID, Borang Permohonan Cuti dan Sokongan Memangku, Borang Penyerahan Tanggungjawab dan Timbang

BORANG PERMOHONAN KELUAR NEGERI YANG DI TANDATANGANI OLEH PPID

BORANG PERMOHONAN CUTI DAN SOKONGAN MEMANGKU

BORANG PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB DAN TIMBANG TERIMA GURU-GURU SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH/UGAMA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
















BORANG 4

BORANG PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN ELAUN DARI RUMAH KE PEJABAT

BORANG PERMOHONAN TUKAR


Borang-borang pejabat 5

BORANG PERMOHONAN ELAUN PELAJARAN



BORANG PERMOHONAN CUTI DAN SOKONGAN MEMANGKU





Borang-borang pejabat

BORANG PENGGUNAAN KENDERAAN DARAT

BORANG PERMOHONAN CUTI KAHWIN




Borang Unit Bengkel dan kenderaan bah Bangunan dan Pemeliharaan


Ahad, 3 April 2011

Ucapan majlis taklimat disiplin dan tatatertib warga perkhidmatan awam

Bagi semua guru ugama kawasan Brunei II Ucapan PPID Brunei II Bismillahir Rahmanir Rahiim Alhamdulillah, wasshalatu wassalamu ala asyrafil mursalin wa ala alihi washahbihi ajmiin. Yang Mulia Awang Iswandey bin Haji Ibrahim Penceramah dari Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri, Pegawai-Pegawai dari Jabatan Pengajian Islam Pegawai-Pegawai Pelajaran Guru-Guru Besar Ketua-Ketua Guru Ugama Guru-Guru Kawasan Brunei II Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Assalamu Alaikum Warahmatullahi wabarakatuh, Syukur kepada Allah Subhanahu Wataala, kerana pada hari ini kita dikumpulkan dimajlis taklimat disiplin dan tatatertib warga perkhidmatan awam bagi semua guru ugama kawasan Brunei II. Sebelum saya meneruskan ucapan saya ini, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah pada pagi ini kerana sudi akan menerangkan tajuk kita dan pengalaman beliau nanti, Pegawai-pegawai dari JPI, ahli Jawatan Kuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama , kehadiran guru-guru, pusat dawah islamiah yang meminjamkan dewan ini, kepada siapa jua yang turut menyumbangkan berbagai bentuk tenaga dan sebagainya. Sudah dua kali majlis ini pernah di adakan bagi kawasan Brunei II iaitu pada tahun lepas pada 19 Februari 2011 yang mengumpulkan kesemua guru-guru kawasan Brunei II yang telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Pengajian Islam. Tetapi taklimat pada kali ini, Kawasan Brunei II mengundang seorang pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menerangkan disiplin dan tatatertib kita sebagai guru ugama dan juga warga perkhidmatan awam yang bekerja di sektor kerajaan. Hadirin dan hadirat semua, Majlis ini di adakan selama empat hari dalam bulan april ini iaitu: pada hari ini 4 april, 5 april pada sebelah petang, 9 & 11 april kedua-duanya pada sebelah pagi. Sebenarnya taklimat ini diadakan 4 hari berturut-turut tetapi oleh sebab beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan berlaku di Dewan dan di KHEU maka dua hari telah dipindah tarikhnya sedikit. Namun, taklimat ini tetap dilaksanakan untuk memberikan pengetahuan baru dan lama kepada kita beberapa peraturan dalam kita melaksanakan tugas seharian. Adapun tujuan majlis ini di adakan adalah: Memberikan pendedahan kepada guru-guru tentang peraturan, disiplin dan tatatertib kita sebagai warga perkhidmatan awam. Mengetahui secara langsung beberapa peraturan yang perlu dipatuhi dan diingati dan dilaksanakan selagi kita masih bekerja dengan pihak kerajaan. memberi peluang kepada guru-guru untuk sama-sama bertanyakan perkara-perkara yang berbangkit semasa menjalankan tugas seharian. dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan hasil dari taklimat nanti. Sekali lagi, saya bagi pihak pengerusi majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah pada pagi ini Awang Iswandey bin Haji Ibrahim, Pegawai-pegawai dari JPI, ahli Jawatan Kuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama, guru-guru, pusat dawah islamiah yang meminjamkan dewan ini dan siapa jua yang menyumbangkan sehingga terjadinya majlis pada hari ini. Sebelum menutup majlis ini, saya petik kata-kata hikmah dari sebuah buku iaitu: Janganlah tangguhkan kerja (yang sepatutnya diselesaikan) hari ini hingga ke hari esok. Dr ’Aidh Abdullah al-Qarni berkata dalam bukunya Kunci Kejayaan Minda, iaitu Fokuskan perhatianmu kepada satu-satu pekerjaan, perdalami, tekuni dan cintai sehingga terserlah daya kreativitimu. Sekian wabillahit taufiq walhidayah wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pejabat PPID Brunei II 3 April 2011 29 rabiulakhir 1432.