Tajuk:
Keberkesanan Kaedah Yahyawiyah dalam Metodologi Pengajaran Al-Quran di Sekolah-sekolah Rendah Ugama Negara Brunei Darussalam. Satu Tinjauan: Di Sekolah Ugama PAP Mutawakillah Hayatul Bolkiah, Serusop, Kawasan Brunei III. (2003)
1. Pendahuluan
1.1 Latarbelakang Kajian
1.1 Latarbelakang Kajian
Kaedah Yahyawiyah dalam metodologi pengajaran al-Quran merupakan salah satu kaedah pengajaran al-Quran yang dipercayai mendatangkan kesan yang lebih memuaskan dalam mencapai objektif pengajaran al-Quran selain dari kaedah Bahgdadiyah dan kaedah persendirian. Kaedah ini diperkenalkan bagi tujuan pencapaian yang lebih baik dalam pengajaran al-Quran disamping untuk mencapai keberkesanan pembelajaran al-Quran secara optimal. Kaedah ini mula diperkenalkan disekolah-sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam semenjak 1976 dan digunakan sehingga pada masa kini.
1.2 Permasalahan Kajian
Setelah 26 tahun Kaedah Yahyawiyah ini digunapakai, keberkesanan kaedah ini belum dapat dipastikan dan tiada sebarang maklumat untuk menyokong tujuan atau objektif kaedah ini diperkenalkan. Oleh kerana itu pengkaji merasa amat perlu setelah bertahun lamanya kaedah ini digunakan ada satu kajian khusus untuk mendukung pernyataan awal sebab kaedah ini dicadangkan sebagai salah satu kaedah yang paling berkesan untuk mencapai objektif pengajaran al-Quran.
1.3 Objektif Kajian
Berdasarkan latarbelakang masalah yang dinyatakan, kajian ini akan memberikan tumpuan secara keseluruhannya kepada perkara-perkara berikut:
a. Mengenalpasti persepsi pelajar pada kaedah Yahyawiyah di sekolah ugama berkenaan.
b. Mengenalpasti persepsi guru pada kaedah Yahyawiyah di sekolah ugama berkenaan.
c. Meninjau perbezaan persepsi pelajar dan guru terhadap kaedah Yahyawiyah.
1.4 Persoalan Kajian
Dari beberapa penumpuan yang dinyatakan di atas, maka jawapan kepada persoalan-persoalan yang berikut ingin dicari:
a. Keberkensanan kaedah Yahyawiyah yang digunakan dalam pengajaran al-Quran pada persepsi guru.
b. Keberkesanan kaedah Yahyawiyah yang digunakan dalam pengajaran al-Quran pada persepsi pelajar.
c. Keberkesanan kaedah Yahyawiyah yang digunakan dalam pengajaran al-Quran secara keseluruhan.
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian yang akan dihasilkan ini mungkin amat penting kepada pihak-pihak berikut:
a. Pihak pentadbir sekolah tentang pentingnya pemilihan dan penguasaan kaedah pengajaran al-Quran yang baik dan mantap dapat diguna dan diaplikasikan oleh guru di sekolah bagi tujuan pencapaian matlamat pengajaran al-Quran.
b. Pihak sekolah khususnya guru al-Quran iaitu tentang kepentingan mempelajari dan menguasai kemahiran kaedah pengajaran al-Quran terutama kaedah Yahyawiyah yang diperkenalkan bagi tujuan pencapaian penguasaan mengeja dan membaca al-Quran.
c. Pihak yang terlibat dengan pengurusan secara amnya yang meliputi Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Pengajian Islam dan sekolah-sekolah dalam rangka memberi penekanan akan pentingnya kaedah pengajaran al-Quran menurut keperluan matlamat pengajaran al-Quran di sekolah-sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam.
d. Sebagai rujukan kepada individu yang berminat untuk membuat kajian dalam bidang yang sama.
1.6 Batasan Kajian
a. Kajian ini terbatas kepada populasi pelajar-pelajar di sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei III. Dengan itu, hasil dan kesipulan kajian ini mungkin tidak sesuai diguanakan dalam situasi sekolah yang berlainan.
b. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui soalselidik. Dengan ini, segala maklumat mengenai responden adalah berdasarkan maklumbalas melalu soalselidik. Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung kepada kesungguhan dan keikhlasan responden menjawab item-item di dalam soalselidik.
1.7 Definisi Istilah
Di dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang kerap digunakan oleh pengkaji. Oleh yang demikian mendefinisikan setiap istilah menurut penggunaan pengkaji dirasakan perlu. sebagai contoh:
a. Kaedah Yahyawiyah.
b. Persepsi.
c. Guru.
d. Pelajar.
b. Persepsi.
c. Guru.
d. Pelajar.
2. Literatur Berkaitan
2.1. Pengenalan
Kaedah pengajaran al-Quran yang berkesan akan membantu guru yang mengajar pelajaran al-Quran tersebut mencapai matlamat pengajarannya dengan baik dan sempurna. Ini disokong oleh beberapa kajian yang telah dibuat oleh penyelidik-penyelidik yang lalu. Dalam beberapa kajian tersebut, keputusan kajian menyatakan bahawa pengajaran al-Quran akan berkesan secara optima dengan adanya metodologi atau pengkaedahan yang sistematik.
Justru itu, kajian yang dijalankan adalah mengenai keberkesanan kaedah Yahyawiyah dalam pengajaran al-Quran pada persepsi pelajar. Dimana, kajian yang berkaitan perlu meninjau beberapa perkara seperti:
- Kajian lepas berkaitan dengan metodologi pengajaran al-Quran yang berkesan.
- Kajian lepas berkaitan dengan metodologi pengajaran al-Quran yang berkesan pada persepsi guru.
- Kajian lepas berkaitan dengan metodologi pengajaran al-Quran pada persepsi pelajar.
2.2 Liputan Kajian Lepas
Liputan kajian lepas merupakan kajian yang diambil dari beberapa kajian yang telah dibuat oleh beberapa orang pengkaji dan penyelidik yang mempunyai pola yang sama dan bersesuaian dengan tajuk kajian ini.
2.3 Rumusan
Rumusan bagi bahagian ini adalah berdasarkan kajian-kajian lepas yang menunjukkan keberkesanan kaedah Yahyawiyah di samping kaedah-kaedah yang lain dalam pengajaran al-Quran.
3. Metod Kajian
3.1 Pengenalan
Bahagian ini akan menghuraikan secara ringkas metod yang digunakan dalam kajian ini.
3.2 Rekabentuk Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif dengan menggunakan rekabentuk tinjauan. Data kajian akan dikutip daripada sample melalui soalselidik. Pendekatan ini dipilih kerana cara ini dapat memperolehi data terpiawai dengan berkesan dan mudah. Burns (1990) menyatakan kaedah tinjauan bersifat saintifik, logik dan khusus. Melalui kaedah ini urukuran kuantitatif dan kualitatif mudah diperolehi. Manakala pelajar-pelajar pula lebih memahami tentang perkara-perkara yang perlu dinilai berbanding dengan cara penialaian yang lain.
3.3 Populasi Kajian
Populasi sasaran kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang belajar di sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei III, Negara Brunei Darussalam. Pelajar-pelajar yang termasuk di dalam populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempunyai latarbelakang yang berbeza.
3.4 Kaedah Persampelan
Untuk kajian ini bilangan sample yang digunakan adalah seramai 100 orang pelajar. Menerusi kajian ini, pelajar-pelajar berpeluang meniali dan melahirkan pendapat mereka tentang keberkesanan kaedah Yahyawiyah yang digunakan guru dalam pengajaran al-Quran.
3.5 Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soalselidik latarbelakang pelajar dan soalselidik gaya kepimpinan guru dan organisasi sekolah. Soalselidik latarbelakang pelajar ditempatkan di bahagian 'A' yang terdiri dari tiga item yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai latarbelakang responden termasuk soal mengenai jantina, umur dan kelas. Responden dikehendaki memberi jawapan yang berkaitan dengan diri mereka dengan menandakan [/] pada kotak yang disediakan. Setiap item di bahagian ini diukur pada tahap norminal dan tidak sebarang permarkahan diberikan.
Bahagian 'B' soalselidik pula pengkaji menggunakan soalselidik yang digubal/ditulis/dicipta oleh pengkaji yang lalu yang telah disahkan kebolehpercayaan dan validitinya. Soalselidik tersebut mengandungi 30 item. Responden dikehendaki menjawab kesemua item tersebut. Setiap item akan diberi markah sebagaimana dimaksudkan dalam soalselidik.
3.6 Prosedur Pengumpulan Data
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui soalselidik. Pengumpulan data soalselidik akan dilakukan dalam tempoh dua minggu dan diharap soalan-soalan yang dikemukakan akan dijawab oleh pelajar-pelajar dengan baik dan memuaskan. Borang soalselidik diedarkan kepada responden melalui guru kelas responden untuk membantu penyelidik mentadbir, mengedar dan mengumpulkan borang soalselidik. Selain dari itu pelajar juga diberi penerangan mengenai dengan tujuan kajian dan diberi tempoh selama dua hari untuk melengkapkan borang soalselidik dan dikembalikan kepada guru kelas.
Sebelum kajian ini dijalankan, penyelidik terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran daripada pihak-pihak tertentu seperti penyelia pengkaji di UKM/UBD dan guru besar sekolah berkenaan. Tujuannya supaya segala prosedur kajian dipatuhi dan memudahkan kajian ini dilaksanakan agar tidak menyusahkan mana-mana pihak yang terlibat. Selain itu, surat kebenaran penting bagi meyakinkan responden tentang kepentingan kajian yang dijalankan dan kejujuran pelajar untuk menjawab soalan soalselidik adalah amat diperlukan.
3.7 Penganalisisan Data
Dalam kajian ini data yang dikumpul melalui soalselidik akan diproses dan dianalisis dengan menggunakan program SPSS (Statistical Pacakages For Social Science) for MS Windows release 6.1. Proses penganalisisan dapat melibatkan dua jenis analisis iaitu analisis deskriptif dan analisisi inferensi.
4. Analisis dan Perbincangan Dapatan Kajian
4.1 Pengenalan
Bahagian ini membincangkan dapatan kajian berdasarkan hasil keputusan analisisi statistik yang telah dilakukan. Selepas membentangkan profil responden, perbincangan ditumpukan kepada beberapa soalan kajian yang diajukan seperti kaedah pengajaran al-Quran bagaimana yang selalu digunakan guru pada persepsi pelajar? Kaedah pengajaran bagaimana yang selalu digunakan oleh guru pada persepsi guru? Adakah wujud perbezaan persepsi guru dan pelajar pada kaedah yang selalu digunakan?
4.2 Profil Responden
Profil responden dianalisis daripada maklumat yang diperolehi dari bahagian 'A' borang soalselidik. Profil responden ditunjukkan dalam jadual yang dilampirkan/dikemukakan.
4.3 Dapat dan Perbincangan Hasil Kajian
Dapat kajian akan dibincangkan mengikut soalan kajian dan diperjelaskan dalam jadual yang akan dilampirkan/dikemukakan.
5. Rumusan dan Cadangan
5.1 Pengenalan
Bahagian ini akan membincangkan tentang dapatan-dapatan dari analisis data yang telah dibuat dalam Bahagian IV.
6. Rencana Kajian
Kajian direncanakan mengambil masa lebih kurang dua belas bulan iaitu pada keseluruhan kajian dari awal perancangan hingga ke penulisan laporan, meliputi:
a. Pengumpulan data selama lebih kurang sebulan.
b. Analisis data selama lebih kurang tiga bulan.
c. Membuat kesimpulan lebih kurang sebulan.
d. Penulisan laporan lebih kurang lima bulan.
e. Penyemakan lebih kurang dua bulan.
b. Analisis data selama lebih kurang tiga bulan.
c. Membuat kesimpulan lebih kurang sebulan.
d. Penulisan laporan lebih kurang lima bulan.
e. Penyemakan lebih kurang dua bulan.
Dalam tempoh tersebut maklumat tentang berbagai aspek tentang kajian ini cuba dikutip. Untuk menentukan tempat kajian perlu pemantauan yang boleh menentukan pihak-pihak yang terlibat memberikan informasi yang menyeluruh berhubung dengan kajian yang dibuat selaras dengan tujuannya. Oleh kerana itu, diikhtiarkan agar pelajar, guru dan pihak yang bersangkutan dilibatkan pada keseluruhannya dengan demikian bukan sahaja akan terdapat maklumbalas dari pelajar dengan jumpah bilangan yang besar tetapi memberi peluang kepada mereka untuk menilai dan melahirkan pendapat mereka tentang pendekatan dan kepimpinan guru yang mereka harapkan.
7. Rencara Penulisan
Bab I: Pendahuluan:
1.1. Latarbelakang Kajian.
1.2. Permasalahan Kajian.
1.3. Objektif Kajian.
1.4. Persoalan Kajian.
1.5. Kepentingan Kajian.
1.6. Batasan Kajian.
1.7. Definisi Istilah.
Bab II: Literatur Berkaitan:
2.1. Pengenalan.
2.2. Tinjauan Kajian Lepas.
2.3. Rumusan.
Bab III: Metod Kajian.
3.1. Pengenalan.
3.2. Rekabentuk Kajian.
3.3. Populasi Kajian.
3.4. Kaedah Persampelan.
3.5. Instrumen Kajian.
3.6. Prosedur Pengumpulan Data.
3.7. Penganalisisan Data.
Bab IV: Analisis dan Perbincangan:
4.1. Pengenalan.
4.2. Profil Responden.
4.3. Dapatan dan Perbincangan Hasil Kajian.
Bab V: Rumusan dan Cadangan:
5.1. Pengenalan.
5.2. Rumusan dan Implikasi.
5.3. Cadangan.
Kesimpulan.
Rujukan.
Lampiran.
Japar Brahim, JPK/19012002.