Jumaat, 7 Ogos 2009

PANDUAN DISIPLIN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA













Jabatan Pengajian Islam,

Kementerian Hal Ehwal Ugama,

Negara Brunei Darussalam


Kandungan


Kata-kata Aluan Surat Kebenaran Setiausaha Tetap KHEU.

Pendahuluan

BAB1

1. Takrif/Konsep.

2. Tujuan Disiplin.

3. Tujuan Denda.


BABII.

4. Panduan Disiplin Sekolah-Sekolah Ugama.

4.1 Kedatangan Harian.

4.2 Waktu Belajar dan berada dalam kelas.

4.3 Waktu rehat.

4.4 Waktu balik dari sekolah.

4.5 Pakaian murid.

4.6 Kebersihan diri.

4.7 Rambut murid lelaki.

4.8 Tata tertib (kelakuan - keolahan).


BAB III

5. Kesalahan-kesalahan dan tindakan.

5.1 Kedatangan ke sekolah.

5.2 Dalam bilik darjah.

5.3 Balik dari sekolah / waktu rehat.

5.4 Dalam peperiksaan.

5.5 Rambut lelaki.

5.6 Pakaian murid.

5.7 Bersabit dengan bangunan/peralatan sekolah.

5.8 Hal Ehwal Perpustakaan.

5.9 Hal Ehwal mengenai murid-murid.

5.10 Hubungan murid-murid dengan guru-guru.


LAMPIRAN


Kata-kata Aluan

Alhamdulillah, syukur kita kepada AllahSubhanahu Wataala, salawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Salullahu Alaihi Wasallam serta kepada para sahabat dan pengikut baginda yang taat dan jujur hingga ke akhir zaman. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Penyusunan Panduan Disiplin Sekolah-Sekolah Ugama Jabatan Pengajian Islam kerana dapat menghasilkan buku panduan ini khasnya untuk kegunaan Guru-Guru Besar, Guru dan Murid-Murid di Sekolah-Sekolah Ugama. Sebelum penerbitan buku panduan ini sebahagian guru-guru besar di sekolah ugama telah mengambil inisiatif mereka dengan menyediakan beberapa peraturan-peraturan sekolah masing-masing yang didasarkan juga dari Panduan dan Peraturan Am Kerja Guru-Guru Ugama 1985 dan "Disiplin/Peraturan Sekolah dan Asrama" Jabatan Pelajaran Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam. Keadaan sedemikian sedikit sebanyak menimbulkan salah pengertian dan tidak keseragaman dalam hal disiplin sekolah. Menyedari tentang perlunya keseragaman itulah pihak Jabatan Pengajian Islam telah berusaha untuk menyusun Buku Panduan Disiplin Sekolah-Sekolah Ugama sebagai rujukan kepada guru-guru di sekolah Ugama, juga dapatlah guru-guru besar dan guru-guru memahami bidang kuasa yang ada pada mereka supaya pengawalan, pentadbiran dan perlaksanaan disiplin di sekolah dapat dipertingkatkan lagi dan dapat memastikan pengurusan pengajaran danpembelajaran di sekolah ugama berjalan dengan lancar dan sempurna. Dengan adanya panduan ini tidak bererti mengenepikan atau membatalkan panduan dan peraturan Am Kerja Guru-Guru Ugama 1985, juga tidak membatalkan atau mengurangkan kuasa peraturan kerajaan atau General Order seperti berjalan sekarang. Adalah diharapkan buku kecil ini berkemampuan menghasilkan satu pendekatan yang dinamik dan positif ke arah mencapai tujuan Pendidikan Islam yang sebenar dan dicita-citakan iaitu untuk melahirkan insan yang beriman, beramal dan berakhlak mulia.


(HAJI KASSIM BIN HAJI LAMAT)

Pengarah Pengajian Islam

Jabatan Pengajian Islam

Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

Tarikh: 7hb Syaaban 1415. 9hb January 1995.


PENDAHULUAN

Mana-mana Pusat Pengajian samada Rendah, Menengah mahupun Tinggi telah mempunyai peraturan atau disiplin yang tersendiri. Peraturan itu dibuat adalah untuk ekbajikan dan kebaikan semua pihak, dengan adanya peraturan itu akan memudahkan semua pihak dapat menjalankan tugas masing-masing. Penghayatan peraturan atau disiplin di kalangan murid adalah suatu perkara yang amat diambil perhatian di dalam pendidikan, lebih-lebih lagi dalam Pendidikan Islam. Tujuan Pendidikan Islam amat jelas iaitu untuk melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal dan bertaqwa serta berakhlak mulia. Dalam kontek SEkolah-Sekolah Ugama, hasrat ini dapat dilihat melalui tujuan pendidikannya. Ilmu-ilmu yang diajarkan serta suasana persekolahannya. Suasana persekolahan Ugama sangat mengizinkan pertumbuhan akhlak dan disiplin di kalangan murid-murid atau pelajarnya dan ini perlu dikekal dan dipertahankan. Walaupun demikian terdapat juga gangguan dan rintangan terhadap penghayatan peraturan dan disiplin murid, hal ini tidak dapat dinafikan. Menyedari hal yang demikian maka Jabatan Pengajian Islam telah membentuk satu Jawatankuasa bagi meny;usun Buku Panduan Disiplin Sekolah-Sekolah Ugama pada bulan September 1994 dan Alhamdulillah naskah panduan ini dapat disiapkan awal bulan Disember 1994. Buku Panduan ini mengandungi beberapa bab. Bab I menerangkan tentang takrif/konsep dan tujuan disiplin. Bab II menjelaskan tentang panduan-panduan disiplin dan dalam Bab III berhubungan dengan kesalahan-kesalahan dan tindakan. Hasrat Jabatan Pengajian Islam mengeluar buku panduan disiplin ini adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai gari pandu dalam emnjalankan peraturan-peraturan di sekolah. Maka Guru-Guru Besar danGuru Penolong perlulah menggunakan budi bicara masing-masing dalam bertindak agar hukum dan imbalannya akan lebih adil, tegas dan berkesan. Mudah-murdahan segala apa yang ungkayahkah ini, akan mendapat faedah bersama dalam meningkatkan kesempurnaan akhlak dan kemajuan pelajaran. Kepada Allah jua kita memohon Taufik dan Hidayat. Wassalam.


(HAJAH FATIMAH BINTI HJ ABD GHANI)

Penguasa Kenaziran,

Sekolah-Sekolah Ugama.

Pengerusi,

Jawatankuasa Penyusunan Buku Disiplin Sekolah-Sekolah Ugama Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam. January 1995.


BAB I

1. Takrif/Konsep

1.1 Sekolah Kecuali terdapat takrif yang menghendaki selainnya, maka Sekolah bererti Institusi Pengajian, termasuklah peringkat Pra Sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Ugama dan lain-lain institusi yang setaraf dengannya. 1.2 Murid Kecuali terdapat takrif yang menghendaki selainnya, maka murid adalah diguanakan bagi meringkaskan sebutan untuk menamakan anak-anak sekolah dalam semua peringkat institusi pengajian seperti dalam (1.1) di atas. 1.3 Disiplin Kecuali terdapat pengertian yang menghendaki selainnya, maka pengertian disiplin yang menurut Kamus Dewan maksudkan adalah seperti berikut:- i) Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri. ii) Peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berekelakuan baik. iii) Keputusan kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. iv) Hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan. Disiplin adalah satu garis panduan yang mesti diamalkan dan dihayati oleh setiap orang di dalam sesuatu institusi seperti Sekolah, Pejabat. Persatuan dan lain-lain. Dalam skop yang luas disiplin ialah satu garispandu yang patutu diamalkan dan dihayati oleh setiap orang dalam masyarakat dan negara. mukasurat 3 2. Tujuan Disiplin 2.1 Untuk melahirkan insan yang sempurna beriman, berilmu, beramal dan bertaqwa serta berakhlak mulia. 2.2 Sebagai garis pandu. 2.3 Untuk membentuk keperibadian murid dengan maksud supaya mereka akan lebih mendisipilinkan diri mereka, bagi menepati kedudukan sekolah sebagai institusi-institusi yang menampung bilangan guru dan murid yang ramai yang bertujuan mengawal kesempurnaan aktiviti-aktiviti mereka sebagai suatu golongan yang melibatkan institusi pengajian. 2.4 Untuk menemukan kelicinganperjalanan aktiviti-aktiviti dalam sekolah. 2.5 Melatih murid bertata tertib atau berdisiplin suapay mereka mematuhi undang-undang negara dan larangan masyarakat bila dewasa kelak. 3. Tujuan Denda 3.1 Untuk membaiki sikap bagi mematuhi peraturan-peraturan. 3.2 Untuk mendatangkan kesedaran dan keinsafan bahawa tiap-tiap peraturan mestilah dipatuhi. 3.3 Untuk mencegah perbuatan melanggar peraturan-peraturan dari berlaku berulang-ulang kali. mukasurat 4 BAB II 4. Panduan Disiplin Sekolah-Sekolah Ugama 4.1. Kedatangan Harian 4.1.1 Setiap murid adalah dimestikan hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan. 4.1.2 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah, ibubapa atau penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah secara bersurat. 4.1.3 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah selama tiga (3) hari berturut-turut dengan tidak ada makluman akan diambil tindakan yang bersesuaian. 4.1.4 Murid-murid yang tidak dapat hadiri ke sekolah kerana sakit atau sebab-sebab lain yang munasabah, ibubapa atau penjaga hendaklah menulis surat atau memberikan surat doktor kepada pihak sekolah. 4.1.5 Murid-murid yang lari dari kelas (escape) adalah dikira tidak hadir dan kedatangannya adalah ditanda dengan bulatan merah. 4.1.6 Murid-murid yang tidak hadir selama lima (5) hari atau lebih dalam sebulan tanpa sebarang kenyataan dari penjaga atau wakilnya akan diambil tindakan. 4.1.7 Mana-mana murid yang kurang dari 75% kehadirannya dalam setahun, maka murid berkenaan adalah tidak dibenarkan dari memasuki peperiksaan dan akan ditahan dari naik darjah tahun berikutnya. Kedatangan ini akan dikira dua minggu sebelum tarikh peperiksaan akhir tahun dijalankan. 4.1.8 Murid-murid yang lewat datang lebih dari 15 minit sehingga 1 jam dari waktu belajar akan ditanda dengan (L) lambat, dan dikira hadir.

mukasurat 6

4.1.9 Murid-murid yang lewat lebih 1 jam dari waktu belajar akan dikira tidak hadir dan dicatatkan di daftar kedatangan sebagai peringatan. 4.1.10 Murid-murid yang cuti akan ditanda (cha) dan murid yang sakit akan ditanda (sin). Perlu diingat tanda (cha) dan tanda (sin) dalam buku daftar kedatangan adalah tidak dikira hadir ke sekolah. 4.2. Waktu Belajar dan Berada dalam kelas 4.2.1 Murid-murid hendaklah berada atau hadir ke sekolah selewatnya 15 minit sebelum pelajaran dimulakan, dengan keadaan berwudhu bagi menunaikan sembahyang fardzu Zohor. 4.2.2 Pelajaran akan dimulakan sebaik-baik sahaja murid berada dalam kelas masing-masing dan selepas doa dibacakan. 4.2.3 Apabila datang ke sekolah murid-murid hendaklah berpakaian kemas, bersih dan lengkap dengan buku tulis, kitab dan alat tulis. 4.2.4 Murid-murid hendaklah menjawab salam dari guru atau pelawat yang masuk ke kelas dan mengucapkan terima kasih apabila mereka hendak keluar. 4.2.5 Mruid yang lewat hadir ke kelas hendaklah meninta izin terlebih dahulu untuk masuk belajar kepada guru yang mengajar dan menerangkan sebab-sebab kelewatannya. 4.2.6 Murid tidak dibenarkan menginggalkan kelas kecuali dengan mendapat kebenaran dariapda guru yang mengajar. 4.2.7 Sekiranya ada guru yang tidak mengajar dengan tidak diketahui sebab-sebanya, ketua kelas hendaklah melaporkan kepada Guru Besar selepas menunggu lima (5) minit. 4.2.8 Murid yang gilirannya menjaga hari hendaklah sentiasa memastikan kebersihan kelas mereka dan memastikan juga mempunyai alat-alat pengajaran yang lazimnya digunakan. mukasurat 6

4.2.9 Semasa berada dalam kelas mu;rid-murid dilarang makan atau minum dan hendaklah dalam keadaan senyap dan duduk ditempat masing-masing serta sentiasa mematuhi arahan guru. 4.2.10 Semasa dalam kelas murid-murid hendaklah duduk dengan tertib di tempat masing-masing, di mana murid-murid lelaki duduk di bahagian hadapan dan murid-murid perempuan duduk dibahagian belakang. 4.2.11 Masa belajar penuh bagi kelas IV, V dan VI adalah tiga (3) jam. Separuh masa habi kelas Pra, I, II dan III adalah satu setengah (1 1/2) jam. 4.3. Waktu Rehat 4.3.1 Masa rehat hanya dibenarkan selama lima belas (15) minit. 4.3.2 Masa rehat murid-murid dilarang keluar dari kawasan sekolah. 4.3.3 Murid-murid diingatkan agar tidak berlari-lari atau bermain-main dikawasan yang dilarang. Dan menaiki tiang atau pokok di kawasan sekolah dan di kawasan luar sekolah, dan duduk di atas pagar veranda sekolah, dan tempat-tempat lain yang boleh mendatangkan bahaya. 4.3.4 Murid-murid dilarang berada di kawasan letak kerita guru dan kawasan taman bunga di kawasan sekolah. 4.3.5 Murid-murid dilarang membeli barang-barang makanan atau minuman dan seumpamanya ditempat lain kecuali di kantin sekolah sahaja. 4.3.6 Murid-murid dibenarkan makan dan minum semasa waktu rehat di tempat-tempat yang dibenarkan dan seelok-eloknya dalam keadaan duduk dan membuang sisa-sisa makanan dan kertas pembungkusnya di dalam tong-tong sampah yang disediakan di kawasan sekolah. 4.3.7 Murnid-murid dikehendaki segera masuk ke kelas masing-masing sebaik sahaja loceng dibunykan dan dalam keadaan berwudhu bagi menunaikan sembahyang fardhu 'Asar.

mukasurat 7 4.4. Waktu Balik dari Sekolah 4.4.1 Sebelum meninggalkan Darjah, Ketua Darjah hendaklah memastikan yang bilik darjah tersebut dalam keadaan kemas, besih dan teratur, kipas, lamu, jendela dan pintu mestilah ditutup dan papan hitam hendaklah dibersihkan. 4.4.2 Semasa keluar dari bilik darjah, murid-murid hendaklah beratur dan ditegah bertolak-tolak, berteriak dan bergurau antar satu dengan yang lainnya. Kalu bercapur murid-murid perempuan dan murid kecil hendaklah didahulukan. 4.4.3 Murid-murid dibenarkan balik setelah mereka selesai menunaikan sembahyang fardhu Asar berjemaah. 4.4.4 Hanya keluarga murid iaitu ibubapa/ penjaga/ wakilnya sahaja dibenarkan mengambil murid balik. 4.4.5 Murid-murid yang balik dengan berjalan kaki dan menaiki basikal hendaklah berhati-hati di jalan raya, jagan berlari atau bertolak-tolak dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya. 4.4.6 Murid-murid sesudah keluar dari kawasan sekolah pada jam tertentu. Pihak sekolah berkenaan tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku keatas mereka. 4.5. Pakaian Murid. Murid Lelaki 4.5.1 Memakai baju dan seluar cara melayu putih, butang baju hendaklah sentiasa terpasang, sinjang atau samping berwarna biru tua dari pusat hingga ke lutut. Bersongkok warna hitam atau warna putih bagi yang sudah menunaikan fardhu haji. [lampiran A] 4.5.2 Kasut berwarna putih atau berwarna hitam. Stokin warna putih. Dilarang memakai kasut yang berwarna berjalur-jalur, bertumit tinggi dan mengeluarkan bunyi bising. 4.5.3 Seluar putih jenis jean adalah dilarang dan tidak boleh dipakai. mukasurat 8 Murid Perempuan 4.5.4 Memakai baju kurung warna putih hingga ke paras lutut, kain berwarna biru tua dan tidak jarang dan memakai mini talkong berwarna putih hingga ke paras pusat. [lampiran B] Dikecualikan Penuntut Sekolah Ugama yang belajar Ugama dibangunan Sekolah-Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan. Warna pakaian penuntut tersebut adalah mengikut seperti mana uniform Sekolah Menengah masing-masing. Adalah ditekankan bahawa Tudong Penuntut hendaklah kemas dan sentiasa dipasang kerusang/pin baju. Penuntut adalah ditegah menyimpul tudong sama ada pada pertengah atau dihujung tudong. [lampiran C] 4.5.5 Kasut berwarna putih atau berwarna hitam dan stokon berwarna putid dan dilarang memakai kasut yang berwrna berjalur-jalur, bertumit tinggi dan mengeluarkan bunyi bising. 4.5.6 Murid-murid tidak dibenarkan berseolek dan memakai barang-barang kemas pada masa sekolah. 4.6. Kebersihan Diri 4.6.1 Kebersihan tubuh badang hendaklah sentiasa dijaga dan diamalkan. 4.6.2 Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas. 4.6.3 Kuku jari tangan dan kaki hendaklah dipotong dan dibersihkan dan memotong hendaklah dihari yang disunatkan. 4.6.4 Rambut hendaklah berkeadaan bersih dan kemas. 4.6.5 Rambut murid perempuan tidak boleh keluar dari tudong. 4.6.6 Guru hendaklah diberus dan dibersihkan setiap hari dan bersugi adalah disunatkan.

mukasurat 9 4.7. Rambut Murid Lelaki 4.7.1 Murid-murid tidak dibenarkan berambut panjang menutup telinga dan kolar baju sebelah belakang. 4.7.2 Murid-murid tidak benarkan mewarnakan dan membentuk rambut seperti gaya punk, apro dan wet look atau seumpamanya. 4.7.3 Murid-murid tidak dibenarkan mengikut fesyen-fesyen rambut seperti mohican, lop sided, tails, betingkat-tingkat dan panjang menutup mata. 4.7.4 Rambut murid-murid hendaklah sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih. [lihat lampiran D dan E] 4.8. Tata Tertib (Kelakuan / Keolahan). 4.8.1 Murid-murid dikehendaki menanamkan semangat hormat, kasih sayang terhadap bangsa dan negara serta mengamalkan sifat-sifat taat kepada Allah dan RasulNya, setia kepada Raja, Undang-undang Negara, Ugama Islam sebagai Ugama Rasmi Negara mengikut AhliSunnah Waljamaah bermazhab Syafie dan mendukong Konsep Melayu Islam Beraja. 4.8.2 Murid-murid hendaklah bercita-cita tinggi dan berkeyakinan bagi menjadi seorang insan yang berdisiplin, bersopan santun, berbudi bahasa, bermoral tinggi dan sentiasa hormat kepada ibubapa/ penjaga, guru-guru, kakitangan sekolah serta orang yang lebih tua. 4.8.3 Murid-murid mestilah mempunyai sifat berjimat cermat, kasih sayang pada harta benda sekolah yang dipinjam atau digunakan. 4.8.4 Murid-murid hendaklah sentiasa:- i. Menunjukkan tingkahlaku yang bermoral tinggi dan bersopan santun. ii. Menghormati dan bekerjasam dengan guru besar dan guru-guru darjah dan pekerja-pekerja sekolah. mukasurat 10 iii. Menunjukkan sikap dan minat ingin maju di dalam semua lapangan, terutama di dalam bidang pelajran. iv. Menjaga kebersihan sama ada di dalam mahupun diluar bilik darjah dan kawasan bangunan sekolah. v. Melaporkan sega masalah kepada guru darjah masing-masing. vi. Murid-murid yang besar dan yang tua atau darjah tinggi hendaklah mengawasi murid-murid yang kecil dan murid darjah rendah dan sentiasa membantu mereka dalam sesuatu hal yang patut diberikan bantuan. vii. Menjaga keselamatan diri murid sendiri dan murid-murid yang lain. viii. Mengamalkan segala pelajran yang dipelajari di sekolah. mukasurat 11 BAB III 5. KESALAHAN-KESALAHAN DAN TINDAKAN





LAMPIRAN








Tiada ulasan:

Catat Ulasan