Selasa, 19 Jun 2012

contoh surat ziarah kubur bertaja untuk sekolah-sekolah ugama kawasan brunei I dan IIB


CONTOH

BUAT LETTER HEAD SEKOLAH MASING-MASING

Yang Mulia
Ibubapa atau penjaga murid-murid
SU Sungai Bunga Tg. Kindana*

PER : ZIARAH KUBUR BERTAJA SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI I DAN IIB, JPI
KALI PERTAMA TAHUN 1433H/2012M.
Dengan hormat sukacita merujuk surat kebenaran daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bilangan (119)dlm.26/632 bertarikh 24 Rejab 1433 bersamaan 14 Jun 2012 mengenai perkara di atas yang pelancarannya akan diadakan pada 08 Julai 2012 pukul 6.30 pagi bertempat di kawasan letak kereta Kampong Tamoi, Bandar Seri Begawan.
Sehubungan dengan itu pihak sekolah Ugama Sungai Bunga Tanjung Kindana* akan mengadakan acara tersebut di atas selepas pelancaran iaitu pada:
Tarikh
: 18 Sya’ban 1433H / 08 Julai 2012M.
Hari
: Ahad.
Pukul
: 8.00 Pagi.
Tempat
: Tanah Perkuburan Kg. Pudak.

Sukacita dimaklumkan bahawa murid-murid yang terlibat adalah murid-murid lelaki dan perempuan darjah 4,5 dan 6 bersama bapa / penjaga masing-masing (lelaki sahaja) dengan memakai pakaian yang menutup aurat.
Perhatian: murid-murid dan ibubapa dikehendaki berkumpul di jeti masjid Kg. Sg. Bunga pada jam 7.00 pagi untuk dibawa ke Kg. Pudak*.
Di atas kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh ibubapa / penjaga murid-murid, pihak sekolah terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih.
والسلام
“KELUARGAKU HARAPANKU”



………………………………………
(Hjh Noraya Bte Hj Metali)
Guru Besar
SU Sg. Bunga Tg. Kindana
Kawasan Brunei IIB*

SK. PPID
      FAIL SEKOLAH

*. IKUT SEKOLAH MASING-MASING

Tiada ulasan:

Catat Ulasan