Selasa, 19 Jun 2012

Ucapan PPID Brunei I


UCAPAN  SEMASA KONGSISAMA GURU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TATACARA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BAGI MURID DARJAH RENDAH BAWAH

Bismillah
Alhamdulillah
Selawat
Yang mulia Pembantu PPID Brunei I, Jawatankuasa Guru Besar dan Ketua Guru Ugama, Pegawai-pegawai pelajaran, Guru-Guru Besar, Ketua Guru Ugama, guru-guru yang dihormati sekalian.
Tahniah kepada Jawatankuasa Guru Besar dan Ketua Guru Ugama khususnya Badan Akademik kerana telah Berjaya mengadakan Kongsisama guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tatacara pengajaran & pembelajaran bagi murid darjah rendah bawah).

Saya difahamkan bahawa pada tahun yang lalu telah diadakan taklimat mengenainya. Adapun tujuan kongsisama ini diadakan adalah:
1.     Sebagai projek tahunan pemimpin sekolah.
2.     Berkongsisama pengalaman mengajar rendah bawah.
3.     Mendedahkan pengajaran yang lebih berkesan.
4.     Membuka minda guru-guru dan bertugar-tukar pendapat.
5.     Mengukuhkan silaturrahim antara guru-guru di kawasan brunei I.
Merujuk pengalaman saya semasa melawat di beberapa buah sekolah, beberapa kelemahan dilihat dalam bidang al-quran, oleh itu, pada peringkat bawah inilah guru-guru pra hingga II hendahlah berusaha keras menekankan kepada pengajaran al-quran kerana masih kedapatan murid-murid darjah 5 & 6 pelandukan membaca al-quran.
Berkenaan dengan rendah bawah, saya memetik sebuah sekolah diluar Negara yang menekankan 3K dan murid-murid rendah bawah bahawa pendidikan dan pengajaran diperingkat awal/rendah menggunakan pendekatan “Pembelajaran melalui Alat Bantu Mengajar, Media dan Bermain”.

Sebelum menutup ucapan saya ini, terima kasih kepada guru-guru yang akan mengkongsisama tatacara pengajaran, Ahli Jawatankuasa, pegawai-pegawai, guru-guru besar, guru-guru, guru besar SU Pelambayan kerana menjadikan dewan sekolah sebagai tempat berkumpul semua guru ugama yang sama-sama mendengar pengalaman pengajaran beberapa orang guru.
Sekian, wabillahittaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Awg hj japar hj ibrahim
Ppid brunei I
13 mar 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan