Selasa, 19 Jun 2012

Kertaskerja Cadangan Satu Sekolah Satu Perisian (KUIZ)


KERTAS KERJA CADANGAN SATU SEKOLAH SATU PERISIAN
SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI I
TAHUN 1433 / 2012


PENDAHULUAN

Kertas kerja Satu Sekolah Satu Perisian Pelajaran Ugama Berbentuk Ms Office Power Point bagi Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei I adalah merupakan  untuk menerbit pelajaran berbentuk kuiz akademik yang diambil daripada soalan-soalan peperiksaan atau ujian bulanan yang lalu. Segala soalan dan jawapan akan ditaip semula dan diubah suai bentuk soalan supaya mudah difahami.

Projek ini melibatkan semua Sekolah Ugama Kawasan Brunei I termasuk Guru-Guru Besar, Guru-Guru ICT dan Guru-Guru yang berminat dengan komputer untuk mencipta perisian kuiz yang boleh digunakan sama ada di sekolah atau dimana-mana saja.

Sasaran projek ini adalah untuk meningkatkan markah di bawah 75 bagi semua murid dari peringkat pra hingga V dan markah 91 bagi darjah IV hingga mencapai 100% pada tahun 2012. Disamping itu juga meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid.


TUJUAN

Dengan adanya perisian yang dicipta oleh guru-guru dan sekolah ialah:-

  1. Menyungkil bakat sedia ada bagi guru-guru ugama berjinak-jinak dengan teknologi maklumat sekarang.
  2. Memupuk sifat bekerjasama guru-guru dan sekolah-sekolah bagi menerbitkan perisian-perisan kuiz yang kreatif.
  3. Memudahkan semua pihak untuk mempelajari dan mengingati bentuk soalan dan jawapan yang betul.
  4. Mengembangkan minat guru-guru disamping memberi bimbingan bagi guru-guru yang berkeinginian mempelajari bidang ICT.
  5. Dapat digunakan oleh warga sekolah yang mempunyai komputer peribadi.


PENYERTAAN

Guru-guru Besar.
Guru-guru ICT.
Guru-guru yang berminat.

PELAKSANAAN

Satu Sekolah Satu Perisian bagi Sekolah-Sekolah Ugama dilaksanakan dengan memberi kursus Powerpoint dan terus menaipnya kedalam komputer mengikut sekolah masing-masing.

TEMPOH PELAKSANAAN

Dalam tempoh 4 bulan mulai bulan Mei hingga Ogos 2012.

BAHAN RUJUKAN ATAU PANDUAN

Soalan-soalan peperiksaan ugama dan jawapan melalui buku teks sekolah ugama.

PERALATAN MENCIPTA PERISIAN KUIZ

  1. Komputer Sekolah atau peribadi.
  2. Menggunakan Ms Office Power Point 2007 atau 2012.
  3. Adobe Photoshop yang menyokong JPEG. (jika perlu)
  4. Adobe Audation (sound) (jika perlu)

TULISAN YANG DIGUNAKAN

  1. JM Deco Type Nasakh.

NAMA SEKOLAH UGAMA DAN PEMBAHAGIAN TUGAS

Rujuk Lampiran A.


LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA

Cadangan


KESIMPULAN

Satu Sekolah Satu Perisian Kuiz bagi Sekolah-Sekolah Ugama Brunei I dengan harapan dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang sedia ada pada setiap guru dan murid.


Disediakan oleh
Pejabat PPID Kawasan Brunei I
12 April 2012.
















LAMPIRAN A

KERTAS KERJA SATU SEKOLAH SATU PERISIAN KUIZ
SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI II
TAHUN 1433 / 2012

BIL
NAMA SEKOLAH
1
SU Pelambayan
2
SU Pg Digadong Hj Md Salleh (pagi/petang)
3
SU RIPAS Kg Saba
4
SU BPUK Haji Awg Umar Kg Setia
5
SU PG Muda Al Muhtadee Billah Kg Lurong Dalam
6
SU PAP Masna, Jalan Tutong
7
SU Pg Bendahara Lama
8
SU Pintu Malim
9
SU Pusat Ulak
10
SU Mabohai
11
SU Haji Tarif Kg Tamoi
12
SU Sungai Kebun
13
SU PAP Besar, Kg Peramu
14
SU Raja Isteri Fatimah
15
SU Yayasan SHHB
16
SU Pulaie
17
SU Sekolah Sukan
18
SU Surau Kg Kiulap
19
SU Hj Mohd Jaafar Maun Kg Kiulap


Tiada ulasan:

Catat Ulasan